Butir Nangka
Resepi Butir Nangka ialah sejenis hidangan pemanis mulut tradisi dari pantai timur. Dalam catatan resepi di bawah, Che Nom gunakan gula pasir sahaja. Boleh juga jika anda nak masukkan nisan atau gula melaka di dalam kuahnya dan warna kuah akan bertukar menjadi sedikit perang.Bagi Che Nom, bahan yang paling penting ialah halba kerana ia memberi rasa yang sangat unik kepada hidangan ini.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
- 3-4 cawan tepung beras pulut
- 1 sudu kecil air kapur
- secubit garam
- air
- pewarna makanan secukupnya
- 2-3 mangkuk besar santan dari 1/2 biji kelapa ATAU 1 kotak santan segera
- sehelai daun pandan, carik dan simpul
- 1 sudu kecil rempah biji halba
- gula
- garam
- 1Panaskan air di dalam periuk.
- 2Bancuh air kapur bersama air dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas tepung pulut. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- 3Bahagikan doh dan uli bersama beberapa titik pewarna kesukaan anda sehingga warna doh sekata. Cubit sedikit dan bentukkan doh menjadi bujur. Ulang proses sehingga doh habis.
- 4Rebus butir doh di dalam air panas tadi sehingga timbul di permukaan dan kautkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk biasa.
- 1Panaskan santan di atas api perlahan.
- 2Masukkan biji halba dan daun pandan.
- 3Kemudian masukkan biji butir nangka yang telah ditapis dari air rendaman tadi.
- 4Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- 5Kacau kuah dengan perlahan sehingga mendidih dan tutup api.
- •Kuah akan lebih sedap jika anda gunakan santan segar berbanding santan kotak.
- •Kuah juga harus lebih rasa manisnya. Anda harus pandai mengagak gula yang perlu dimasukkan ke dalam kuah mengikut citarasa sendiri.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
Puding Sagu Gula Melaka
Resepi Puding Sagu Gula Melaka, hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa. Bagi Che Nom, walaupun ...
Bubur Jagung
Resepi Bubur Jagung, paling sedap buat hidangan minum petang. Resepi yang mudah, tetapi sungguh membuka selera. Kalau ad...
Pengat Labu Manis
Pengat Labu Manis yang sedap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai menu minum petang. Boleh dimakan bersama rot...
Agar-Agar Cendol Sedap
Resepi Agar-Agar Cendol yang sangat sedap jika dihidangkan sebagai pencuci mulut tambahan lagi jika agar-agar ini diseju...
Puding Roti Coklat
Resepi Puding Roti Coklat menggunakan lebihan kepingan roti putih yang sudah disimpan beberapa hari. Maksudnya roti yang...
Pengat Pisang
Resepi Pingat Pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai pencuci mulut. Rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan d...