Resepi Buah Melaka
Buah Melaka ni kuih tradisi yang lembut kenyal dengan gula Melaka meletup di dalam, digaul kelapa parut yang wangi. Ikut langkah mudah ni, insyaAllah jadi cantik dan sedap.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung beras
- 5 helai daun pandan
- Gula melaka di potong kiub kecil
- Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
- Sedikit pewarna hijau
Cara Buat Buah Melaka
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
- 2Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
- 3Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
- 4Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
- 5Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 6 hidangan
- Kalori
- 265 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 50.5 g
- Lemak
- 6 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 24 g
- Natrium:
- 390 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 1 cawan tepung pulut dianggar 6 bahagian (kira-kira 5 biji setiap satu).
- Gula melaka 'dipotong kiub' dianggar 150 g dan kelapa parut dianggar 150 g.
- Garam pada kelapa dianggar 1 sudu kecil untuk keseluruhan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cawan tepung pulut bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 160g (cawan US 240ml).
- 2 sudu besar tepung beras bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 20g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Buah Melaka, Resepi yang sangat mudah, hanya ikut langkah-langkah yang di nyatakan pasti menjadi,
Buah Melaka adalah hidangan kuih muih terkenal dan sedap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









