ResepiCheNom
Cheesecake Nutella
Kek

Resepi Cheesecake Nutella

Masak 10 minHidangan biji

Nutella Cheesecake ni creamy, penuh rasa cream cheese dan coklat hazelnut yang cair di mulut, siap topping Nutella lagi. Tak perlu bake, sesuai untuk makan sendiri atau buat jual.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Lapisan Biskut

  • 1 ½ paket biskut oreo (biskut sahaja), anggaran 21 keping1 ½ paket biskut oreo (biskut sahaja), anggaran 21 keping
  • 70g / 5 sudu besar mentega± ⅓ cawan± ¼ cawan + 1 sudu besar(70g / 5 sudu besar mentega)

Bahan Untuk Lapisan Cheese

  • 500g krim keju500g krim kejulebih tepat dalam gram
  • krim/inti tengah oreokrim/inti tengah oreo
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g
  • 125g coklat gelap125g coklat gelaplebih tepat dalam gram
  • 150g krim nutella± ½ cawan± ½ cawan(150g krim nutella)
  • 3/4 sudu besar serbuk gelatin + 3 sudu besar air panas3/4 sudu besar serbuk gelatin + 3 sudu besar air panas9g
  • 250ml dairy whipping cream250ml dairy whipping cream

Bahan Untuk Topping

  • anggaran 100g krim nutella± ⅓ cawan± ⅓ cawan(anggaran 100g krim nutella)

Cara Buat Cheesecake Nutella

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Lapisan Biskut

  1. 1
    Asingkan kepingan biskut oreo dan krimnya.
  2. 2
    Hancurkan kepingan biskut oreo kepada serbuk halus.
  3. 3
    Cairkan butter dan tuang kedalam serbuk biskut orea lalu gaul sehingga sekata.
  4. 4
    Tuang masuk kedalam loyang serta tekan dan ratakan biskut orea sebagai lapisan bawah cheesecake.
  5. 5
    Sejukkan kedalam peti sejuk.

Untuk Lapisan Cheese

  1. 1
    Panaskan atau double boil coklat gelap sehingga cair dan ketepikan dahulu.
  2. 2
    Tekan dan hancurkan krim keju lalu masukkan krim/inti tengah oreo. Gaulkan kesemuanya.
  3. 3
    Putar krim putar tenusu yang sejuk sehingga kental dan pekat.
  4. 4
    Masukkan esen vanilla, coklat gelap, krim Nutella, dan gelatin kedalam adunan krim keju sambil digaul adunan.
  5. 5
    Masukkan krim putar sedikit demi sedikit dan gaul bahan adunan sehingga sekata.

Untuk Cheesecake Nutella

  1. 1
    Tuang adunan cheese kedalam loyang diatas lapisan biskut yang telah disejukkan.
  2. 2
    Ratakan adunan lapisan cheese dan hentakkan adunan beberapa kali bagi hilangkan ruang udara didalam loyang.
  3. 3
    Tutup loyang dengan aluminium foil lalu simpan dalam peti sejuk dalam anggaran masa minimum 4-5 jam.
  4. 4
    Keluarkan daripada loyang dan ratakan bahagian tepi cheesecake supaya lebih kemas.
  5. 5
    Hias menggunakan krim Nutella yang telah dimasukkan kedalam piping bag mengikut kreativiti.
  6. 6
    Kemudian, cheesecake Nutella siap untuk dihidang.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
70g / 5 sudu besar mentega bersamaan berapa cawan?
± ⅓ cawan (cawan US 240ml).
1 sudu kecil esen vanila bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 5g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Cara hancurkan biskut oreo adalah samada menggunakan food processor, mesin pengisar kering atau gunakan plastik dengan ketuk biskut secara manual.
  • Jika mahu menggacau krim keju bersama bahan lain, boleh sahaja digunakan electric hand mixer atau stand mixer. Jika tidak, gunakan saja senduk untuk gaul sebati kesemua bahan.
  • Bancuhan gelatin mestilah digaul dengan air panas kemudian, bancuhan dipanaskan seperti double boil tetapi hanya cairkan dengan air panas supaya gelatin menjadi cair sekata. Pastikan bancuhan gelatin dalam keadaan suam untuk dimasukkan kedalam adunan cheesecake.
Tunjuk semua petua (6)
Petua & Panduan
  • Gunakan kain yang direndam dengan air suam dan lilit loyang supaya cheesecake Nutella mudah tertanggal daripada loyang.
  • Cheesecake Nutella juga boleh dihiaskan selain Nutella seperti buah strawberry, coklat Kitkat dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.
  • Jika mahu memotong kek, rendamkan pisau dengan air panas dan lap pisau setiap kali sebelum dan selepas potong cheesecake.
Video
Pengenalan

Nutella Cheesecake, creamy dengan rasa cream cheese dan penuh rasa coklat hazelnut cream yang cair di mulut.

Dihias pulak dengan topping Nutella yang menambahkan lagi rasa rich Nutella pada cheesecake ini.

Penggemar Nutella harus cuba resepi ni, tak perlu bake pun. Sesiapa yang nak cuba berniaga dengan premium cheesecake ini pun boleh.

Diterbitkan pada 7 Jun 20213.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru