ResepiCheNom
Blueberry Cheesecake Oreo Tanpa Bakar
Kek

Resepi Blueberry Cheesecake Oreo Tanpa Bakar

Prep 45 minMasak 35 minJumlah 1 jam 20 minHidangan 8 biji

Blueberry Cheesecake Oreo tanpa bakar ni tekstur dia light, creamy dan tak muak, dengan rasa cream cheese padu digandingkan puri blueberry segar.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Blueberry Puree

  • 200g blueberry segar± 1 ⅓ cawan± 1 ¼ cawan + 1 sudu besar(200g blueberry segar)
  • 70g/5 sudu besar gula kastor± ⅓ cawan± ⅓ cawan(70g/5 sudu besar gula kastor)
  • 3/4 sudu besar jus lemon3/4 sudu besar jus lemon11g

Bahan Untuk Lapisan Bawah

  • 11 keping biskut oreo (tanpa inti gula)11 keping biskut oreo (tanpa inti gula)
  • 35g mentega± 2 sudu besar± 2 sudu besar(35g mentega)

Bahan Untuk Lapisan Cheese

  • 250g krim keju250g krim kejulebih tepat dalam gram
  • 50g/3 1/2 sudu besar gula kastor± ¼ cawan± 4 sudu besar(50g/3 1/2 sudu besar gula kastor)
  • inti gula dari biskut oreointi gula dari biskut oreo
  • biscuits 2 sudu besar yoghurt perisa aslibiscuits 2 sudu besar yoghurt perisa asli
  • gelatin 1 (2 sudu kecil gelatin + 2-3 sudu besar air panas)gelatin 1 (2 sudu kecil gelatin + 2-3 sudu besar air panas)
  • 150ml krim putar tenusu150ml krim putar tenusu
  • 1/3 cawan puree blueberry puree1/3 cawan puree blueberry puree82g

Bahan Untuk Lapisan Ungu

  • 1/2 cawan puree blueberry1/2 cawan puree blueberry123g
  • 60ml krim putar tenusu60ml krim putar tenusu
  • gelatin 2 (1 sudu kecil gelatin + 1-2 sudu besar air panas )gelatin 2 (1 sudu kecil gelatin + 1-2 sudu besar air panas )

Cara Buat Blueberry Cheesecake Oreo

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Lapisan Bawah

  1. 1
    Asingkan inti gula dan biskut.
  2. 2
    Hancurkan biskut oreo sehingga halus (inti gula boleh simpan dulu).
  3. 3
    Cairkan butter.
  4. 4
    Tuang butter dalam serbuk oreo dan gaul sekata.
  5. 5
    Tuang serbuk oreo dalam loyang (removable bottom) dan ratakan supaya padat.
  6. 6
    Masukkan dalam peti sejuk.

Untuk Blueberry Puree

  1. 1
    Bancuh gelatin dengan air panas
  2. 2
    Perah jus lemon.
  3. 3
    Masukkan blueberry fresh, gula kastor dan lemon kedalam kuali dan masak sehingga kesemua bahan hancur dan pekat sikit.
  4. 4
    Kemudian kisar halus.

Untuk Lapisan Cheese

  1. 1
    Kacau sekata creamcheese, gula kastor, inti oreo, plain yogurt, jus lemon dan gelatin.
  2. 2
    Pukul whipping cream.
  3. 3
    Campur whipping cream dengan adunan cheese dan kacau sekata.
  4. 4
    Keluarkan loyang dan tuangkan separuh adunan.
  5. 5
    Letakan blueberry puree atas adunan cheese dan buat corak swirl.
  6. 6
    Tuang baki adunan.
  7. 7
    Ulang langkah yang sama dengan blueberry puree, corakkan dengan bentuk swirl kemudian boleh sejukkan 10 hingga 15 minit.

Untuk Lapisan Atas Blueberry

  1. 1
    Kacau sekata blueberry puree, whipping cream (x perlu putar) dan gelatine.
  2. 2
    Tuang adunan keatas permukaan kek tadi.
  3. 3
    Tutup dengan plastic clean wrap.
  4. 4
    Sejukkan 4/5 jam sebelum dipotong.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
200g blueberry segar bersamaan berapa cawan?
± 1 ⅓ cawan (cawan US 240ml).
70g/5 sudu besar gula kastor bersamaan berapa cawan?
± ⅓ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Dairy whipping cream kena guna yang baru keluar dari peti sejuk, kalau tidak whipping cream akan jadi cair dan tak kental bila dipukul.
Video
Pengenalan

Blueberry Cheesecake yg disediakan dari fresh blueberry, dessert bertaraf 5 bintang yg menarik rupa dan warna nya, tekstur yang light dan creamy, rasa yang sedap dari cream cheese bila digabungkan dengan fresh blueberry puree …juga tak mudah rasa muak bila makan…

Sangat menarik kalau kita hidangkan dessert ni pada tetamu.

Resepi asal dari COOKING Tree, https://youtu.be/VGQFEiyMe-M tapi resepi Che Nom dah olah ikut sukatan dan citarasa sendiri.

Diterbitkan pada 26 April 20205.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru