ResepiCheNom
Resepi Kek Tiramisu Versi Halal Contoh Resipi Premium
Kek

Resepi Kek Tiramisu Versi Halal Contoh Resipi Premium

Prep 20 minJumlah 20 minHidangan 8 biji

Kek Tiramisu mudah, versi halal dan tak perlu bakar.

Bahan-bahan

Sukatan
  • 250g Anchor Cream Cheese (dipotong dadu, dibiarkan lembut)250g Anchor Cream Cheese (dipotong dadu, dibiarkan lembut)lebih tepat dalam gram
  • 400ml Anchor Whipping Cream (bahagikan kepada 50ml dan 350ml)400ml Anchor Whipping Cream (bahagikan kepada 50ml dan 350ml)
  • 90g Gula Kastor± ¼ cawan + 3 sudu besar± ¼ cawan + 3 sudu besar(90g Gula Kastor)
  • 1 s.k. Esen Vanila1 s.k. Esen Vanila
  • 1 1/2 Cawan Kopi (disejukkan)1 1/2 Cawan Kopi (disejukkan)
  • 1 s.b. Gula (untuk bancuhan kopi)1 s.b. Gula (untuk bancuhan kopi)
  • 22 keping biskut Ladyfinger/Savoiardi22 keping biskut Ladyfinger/Savoiardi
  • Serbuk Koko secukupnyaSerbuk Koko secukupnya
  • Loyang Bulat Saiz 9 InciLoyang Bulat Saiz 9 Inci

Cara Buat Kek Tiramisu

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak
  1. 1
    Keluarkan cream cheese 30 minit awal supaya ia lembut sepenuhnya.
  2. 2
    Pastikan cream cheese pada suhu bilik, manakala whipping cream disimpan sejuk di dalam peti sebelum digunakan.
  3. 3
    Dalam mangkuk, masukkan 250g cream cheese bersama 50ml whipping cream, 90g gula kastor dan 1 s.k. esen vanila, kacau hingga sebati dan lembut.
  4. 4
    Dalam bekas lain, pukul baki 350ml whipping cream sehingga hampir ‘soft peak’ dan gaulkan ke dalam adunan cream cheese perlahan-lahan.
  5. 5
    Bancuh kopi bersama 1 s.b. gula, biarkan sejuk seketika supaya biskut tidak terlalu cepat hancur.
  6. 6
    Celup biskut ladyfinger dengan cepat dalam kopi dan susun di dasar loyang 9 inci. Tuang separuh adunan krim cheese dan ratakan.
  7. 7
    Ulang lapisan biskut yang dicelup kopi diikuti baki adunan krim cheese. Ratakan elok dan hentak sedikit loyang jika perlu untuk hilangkan rongga.
  8. 8
    Simpan dalam peti sejuk (bahagian chiller) antara 4 hingga 6 jam atau semalaman supaya kek mengeras dan rasa sebati.

Cara Hidang

  1. 1
    Keluarkan kek dari peti sejuk dan buka loyang perlahan-lahan. Jalankan pisau yang direndam air suam di keliling loyang untuk memudahkan.
  2. 2
    Ayak serbuk koko di atas permukaan kek sebelum dihidang, atau tambah hiasan coklat parut atau buah segar.
  3. 3
    Untuk potongan kemas, panaskan pisau dengan air suam dan lap sebelum memotong setiap kepingan.

Cara Penyimpanan

  1. 1
    Simpan baki kek dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk.
  2. 2
    Ia boleh bertahan 2–3 hari, tetapi lapisan mungkin sedikit lembut apabila disimpan lebih lama.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
90g Gula Kastor bersamaan berapa cawan?
± ¼ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Pastikan whipping cream betul-betul sejuk sebelum diputar supaya lebih mudah mencapai tekstur yang diingini.
  • Celup biskut dalam bancuhan kopi dengan cepat sahaja agar biskut tidak menjadi terlalu lembik.
  • Keluarkan cream cheese kira-kira 30 minit sebelum digunakan supaya ia benar-benar lembut dan mudah dipukul.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Jika krim terlebih pukul dan kelihatan berbiji, tambahkan sedikit whipping cream segar untuk selamatkan tekstur dengan mengaup balik perlahan-lahan.
  • Simpan baki kek dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegaran sehingga 2–3 hari.
Video
Pengenalan

Ini adalah contoh resepi Premium berbayar.

Kek Tiramisu ni memang klasik tapi versi halal, jadi semua orang boleh menikmatinya. Rasanya gabungan biskut lembut berperisa kopi dengan lapisan krim cheese yang cukup berlemak.

Tak perlu bakar, cuma sediakan adunan dan susun dalam loyang, senang je tau. Lepas tu, simpan dalam peti sejuk, biar semua bahan mesra. Sejuk-sejuk makan, memang layan sangat, tak sedar habis licin! Jangan risau, resepi ni sesuai untuk beginner yang baru nak cuba dessert bergaya kafe.

Diterbitkan pada 15 Januari 202515.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru