ResepiCheNom
Chocolate Cheesecake Tanpa Bakar
Kek

Resepi Chocolate Cheesecake Tanpa Bakar

Prep 45 minJumlah 24 jam 45 minHidangan 12 biji

Chocolate cheesecake tanpa bakar ni creamy, penuh rasa coklat dengan base Oreo rangup, sedap makan sejuk-sejuk. Tak guna telur, oven atau gelatin, tapi ganache tetap licin cantik.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • Untuk lapisan kerak bawah:Untuk lapisan kerak bawah:
  • 1 1/2 bungkus biskut oreo atau 21 keping oreo1 1/2 bungkus biskut oreo atau 21 keping oreo
  • 60g /4 sudu besar mentega (garam atau tak bergaram)60g /4 sudu besar mentega (garam atau tak bergaram)lebih tepat dalam gram
  • Untuk adunan coklat cheesecake:Untuk adunan coklat cheesecake:
  • 500g krim keju/cream cheese500g krim keju/cream cheeselebih tepat dalam gram
  • 2 sudu besar susu pekat manis2 sudu besar susu pekat manis39g
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g
  • 2/3 cawan / 65g gula ising± ⅓ cawan± ⅓ cawan(2/3 cawan / 65g gula ising)
  • 250g coklat gelap/dark chocolate250g coklat gelap/dark chocolatelebih tepat dalam gram
  • 250ml dairy whipping cream250ml dairy whipping cream
  • Untuk ganache:Untuk ganache:
  • 150g coklat gelap/dark chocolate150g coklat gelap/dark chocolatelebih tepat dalam gram
  • 150ml dairy whipping cream150ml dairy whipping cream
  • 1/2 sudu besar mentega1/2 sudu besar mentega7g

Cara Buat Chocolate Cheesecake

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Lapisan Kerak Bawah

  1. 1
    Hancurkan biskut Oreo untuk lapisan bawah kek.
  2. 2
    Cairkan butter kemudian tuang ke dalam serbuk Oreo.
  3. 3
    Tuang adunan tadi kedalam loyang dan ratakan.
  4. 4
    Tekan rata dgn sudu.
  5. 5
    Simpan ke dalam peti sejuk.

Untuk Adunan Coklat Cheesecake

  1. 1
    Masukan creamcheese kedalam mangkuk adunan diikuti dengan susu pekat dan esen vanilla.
  2. 2
    Ayak gula icing ke dalam adunan cheese tadi.
  3. 3
    Lenyakkan kesemua sekali.
  4. 4
    Sediakan coklat.
  5. 5
    Double boil coklat sampailah cair dan licin.
  6. 6
    Tunggu sehinga sejuk dan masukan dalam adunan creamcheese tadi.
  7. 7
    Kacau rata kesemua bahan.
  8. 8
    Sediakan whipping cream.
  9. 9
    Putar whipping cream sampai jadi pekat kental.
  10. 10
    Masukkan whipping cream kedalam adunan cheese coklat tadi dan kacau sekata.
  11. 11
    Keluarkan loyang yang kita letak lapis oreo tadi dan tuang kesemua adunan cheese coklat.
  12. 12
    Ratakan permukaan, balut plastic dan masukan kedalam freezer 10 minit.

Untuk Ganache

  1. 1
    Masukkan whipping cream dalam periuk dan masak sehingga panas, Cukup sekadar panas mendidih di tepi.
  2. 2
    Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi dark chocolate dan kacau sampai licih sekata. Tambah butter sikit supaya coklat ganache nampak kilat licin.
  3. 3
    Tuang ganache yang dah disejukkan (atau suam sikit) ke atas adunan cheese coklat tadi.
  4. 4
    Balut plastic dan sejukkan semalaman.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
60g /4 sudu besar mentega (garam atau tak bergaram) bersamaan berapa cawan?
± ¼ cawan (cawan US 240ml).
2 sudu besar susu pekat manis bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 39g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan guna coklat cip dalam resipe ini, coklat cip lebih tahan haba dan tak mudah cair bila panas. Ia tidak sesuai.
  • Untuk hasil permukaan ganache yang lincin, sentuh bubble kecil supaya hilang.
  • Untuk memudahkan kek ditangalkan lilit loyang dengan towel yang dicelup dalam air suam.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Untuk potongan cantik dan kemas, rendam pisau kedalam air panas, dan lap bersih setiap kali potongan.
Video
Pengenalan

Chocolate Cheesecake dengan lapisan bawah dari biskut oreo, dessert yang creamy dan penuh dengan rasa coklat, sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk. Siapa yang suka sangat coklat, oreo, dan juga cheese boleh cuba resepi ni. Gerenti tak cukup kalau makan sepotong.

Coklat cheesecake ni tanpa telur, tak perlu guna oven dan juga tak perlu guna gelatin. Untuk dapatkan GANACHE YG LICIN CANTIK, Che Nom suka guna Beryl's (kategori harga yg berpatutan). Kalau boleh jangan guna coklat Van Houten, ganache tak cantik. Coklat berjenama premium lain takda masalah.

Diterbitkan pada 10 April 20207.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru