ResepiCheNom
Biskut Red Velvet Rangup

Resepi Biskut Red Velvet Rangup

Prep 45 minMasak 10 minJumlah 55 minHidangan 75 biji

Biskut red velvet rangup warna merah gelap, lagi cantik bila tabur white chocolate chip. Senang buat, bakar 160°C 10-15 minit, hasil lebih kurang 70-80 biji ikut saiz.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Biskut Red Velvet

  • 1/2 cawan /117g mentega± ½ cawan± ½ cawan(1/2 cawan /117g mentega)
  • 3/4 cawan /150g gula kastor± ¾ cawan± ½ cawan + 4 sudu besar(3/4 cawan /150g gula kastor)
  • 1 biji kuning telur1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil cuka makan1 sudu kecil cuka makan5g
  • 1 1/2sudu kecil esen vanila1 1/2sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2-2 sudu kecil pewarna merah1 1/2-2 sudu kecil pewarna merah
  • 1/2 cawan /50g hirisan badam± ½ cawan + 1 sudu besar± ½ cawan + 1 sudu besar(1/2 cawan /50g hirisan badam)
  • 1/2 cawan /90g coklat cip± ½ cawan± ½ cawan(1/2 cawan /90g coklat cip)

Bahan Untuk Ayak

  • 1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik4g
  • 1¼ cawan /160g tepung gandum± 1 ¼ cawan± 1 ¼ cawan(1¼ cawan /160g tepung gandum)
  • 1 sudu besar tepung jagung1 sudu besar tepung jagung7g
  • 2 sudu besar tepung beras2 sudu besar tepung beras16g
  • 2 sudu besar serbuk koko2 sudu besar serbuk koko11g
  • ¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat4g

Cara Buat Biskut Red Velvet

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Keluarkan dulu butter (supaya butter lembut bila nak mengadun nanti).
  2. 2
    Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk coco, baking soda dan baking powder.
  3. 3
    Sangai sekejap kepingan badam dalam 2/3 minit atau sehingga naik bau badam kemudian pindah masuk bekas lain (supaya kepingan badam tak terlibih masak).
  4. 4
    Pukuk mentega dan gula kastor sehingga kembang @ kuning pucat.
  5. 5
    Kemudian masukkan kuning telur.
  6. 6
    Masukkan cuka, esen vanila dan pewarna merah.
  7. 7
    Gaul sebati.
  8. 8
    Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit (supaya mudah untuk adun).
  9. 9
    Bila dah sebati, masukkan kepingan badam dan coklat cip.
  10. 10
    Adun sekata.
  11. 11
    Rehatkan sekejap di dalam peti sejuk.
  12. 12
    Griskan tray dengan butter dan lapikkan dengan kertas baking.
  13. 13
    Ambil sikit doh dan bulatkan.
  14. 14
    Susun atas loyang dan tekankan sikit dengan jari atau garfu.
  15. 15
    Masukkan dalam oven yang dipanaskan selama 10 minit dengan suhu 10 °C.
  16. 16
    Setting api atas dan bawah.
  17. 17
    Sejukkan sebelum masukkan dalam balang kedap udara.
Versi Air Fryer pautan

Cadangan Air Fryer Basket

  • Pra-panas: 155°C selama 3 minit.
  • Bakar: 145-155°C selama 7-11 minit.
  • Semak awal: mula semak pada minit ke-6.
  • Susunan batch: 6-10 keping, jarak 2-3 cm.

Tanda masak:

  • Bahagian tepi biskut mula keemasan tetapi tengah masih sedikit lembut.
  • Permukaan nampak set dan tidak lagi berkilat basah.
  • Biskut mengeras sedikit selepas 3-5 minit dibiarkan sejuk.

Jika perlu laras:

  • Jika biskut cepat perang di luar tetapi tengah masih lembik: Turunkan suhu 10°C dan tambah masa 1-2 minit sambil semak setiap 1 minit.
  • Jika biskut terlalu pucat selepas masa minimum: Tambah masa 1 minit setiap pusingan sehingga warna keemasan ringan muncul.
  • Jika bentuk merebak terlalu banyak: Sejukkan doh 10-15 minit dahulu dan kurangkan suhu 5-10°C.
  • Jika batch seterusnya lebih cepat masak: Kurangkan masa 1-2 minit untuk batch selepas pertama.

Semak awal kerana setiap model air fryer beri haba berbeza.

Maklumat belum lengkap: oven.temp_c.

Andaian semasa:

  • Julat diset konservatif untuk elak biskut cepat hangus.
  • Batch pertama digunakan untuk kalibrasi model air fryer.
  • Suhu oven asal tidak ditemui; guna julat 145-160°C sebagai baseline.
  • Data oven utama tidak lengkap, jadi baseline selamat digunakan.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 cawan /117g mentega bersamaan berapa cawan?
± ½ cawan (cawan US 240ml).
3/4 cawan /150g gula kastor bersamaan berapa cawan?
± ¾ cawan (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Hi Semua, sibuk buat biskut raya ke tu? Che Nom pun nk ambil peluang kongsikan satu lagi resepi biskut yang selalu buat kat rumah iaitu biskut red velvet. Ciri-ciri utama biskut ni ialah warnanya yang merah gelap, dan kebiasaanya kita hias dengan bahan bewarna putih seperti white coklat chip supaya warna lebih ceria dan menyerlah.

NOTA: 1. Hasil biskut dalam 70-80 biji bergantung saiz. Che Nom buat bulat kecil diameter anggaran 2cm2. Bakar pada suhu 160°C, selama 10- 15 minit. Ikut size dan jenis oven. API ATAS BAWAH.

3. Boleh juga nak ganti mentega dengan majerin. Sedap juga rasa biskut nanti (Planta, Pelangi, dsb)4. Cuka adalah bahan wajib, cuka akan bertindak balas dengan baking soda bagi menghasilkan gas karbon dioksida dan membuatkan biskut naik dengan sempurna. Anda tak akan rasa sangat cuka tu dalam biskut sebab dah campur dengan bahan lain. Kalau cuba ganti dengan lemon juice boleh cuba tapi Che Nom tak pernah cuba, try at your own risk.OVEN: Firenzzi 60L

Diterbitkan pada 16 Jun 202036.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru