
Resepi Biskut Double Chocolate Chips Rangup
Biskut Double Chocolate Chips versi gelap dengan serbuk koko dan chocolate chips, rangup dan sedap untuk kuih raya.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 cawan mentega unsalted (227g), suhu bilik
- 1/2 cawan gula kastor
- 3/4 cawan gula perang
- 2 biji telur
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk koko
- 3/4 sudu kecil baking soda
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 1/2 - 2 cawan coklat chip (semisweet)
- 1/2 cawan badam cincang (almond nib), bakar seketika
Cara Buat Biskut Double Chocolate Chips
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C.
- 2Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam.
- 3Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
- 4Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
- 5Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.
- 6Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. Scoop dengan pencedok ice cream atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.
- 7Bakar selama 15-20 minit.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis bakul) — Panduan konservatif
- Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
- Sediakan alas: letak kertas baking/parchment berlubang atau yang sesuai untuk air fryer.
- Susun doh: jarakkan biskut 2–4 cm (jangan terlalu rapat). Buat 4–8 keping satu batch bergantung saiz bakul.
- Bakar pada 150–165°C selama 7–11 minit.
- Semak awal pada minit ke-7 (wajib, sebab setiap model berbeza).
- Tanda cukup masak: tepi set & perang nipis, tengah masih sedikit lembut. Jangan tunggu keras dalam air fryer—ia akan mengeras bila sejuk.
- Rehatkan biskut 5 minit atas alas, kemudian pindah ke rak penyejuk untuk jadi rangup.
Nota penting: Jika batch pertama cepat gelap, turunkan suhu 5–10°C untuk batch seterusnya dan kekalkan semakan awal.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 100g (cawan US 240ml).
- 3/4 cawan gula perang bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 165g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Biskut Double Chocolate Chips atau Biskut Chocolate Chips versi 'gelap' kerana dua jenis coklat dimasukkan di dalam adunan iaitu serbuk koko dan chocolate chips. Biskut ini sangat sesuai untuk disediakan di hari raya cuma perlulah dibuat dalam saiz mini supaya lebih sesuai dihidangkan untuk tetamu nanti. Che Nom gunakan sudu kecil sebagai pengaup adunan doh biskut.
Kalau tidak suka badam anda boleh gantikan dengan kekacang lain seperti pecan atau walnut yang dicincang halus. Kekacang yang digunakan haruslah dibakar seketika supaya teksturnya rangup di dalam biskut.Adunan perlu direhatkan seketika, minimum 10 minit supaya semua adunan menjadi sebati, stabil, lembapan dapat diseimbangkan serta rasa menjadi lebih sedap.
Untuk masa pembakaran pula, janganlah terlebih masa kerana dikhuatiri kuih akan kering dan hangus. Susah untuk mengagak kuih ini supaya tidak hangus kerana warna doh nya yang gelap. Kesedapan rasa pula akn bergantung kepada kualiti mentega dan coklat yang digunakan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









