
Biskut Kelapa Rangup
Resepi biskut kelapa yang berperisa pandan terbaik jika dihidangkan di hari raya. Sebagai peminat biskut kelapa saya akui biskut ini memang sedap dan sangat rangup. Keharuman dari pati pandan menambahkan lagi keistimewaan biskut ini. Bahan-bahan adalah mudah, bahan kebiasaan yang boleh didapati di kedai barangan bakery. Untuk hiasan anda boleh memilih untuk meletakkan ceri atau 'drizzle' dengan cairan coklat.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 250 gram mentega
- 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
- 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
- 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
- 2 biji telur kuning
- 2 sudu teh pandan paste
- 1/2 sudu teh esen pandan
- 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
- Kelapa kasar untuk hiasan
- Telur putih untuk hiasan
- Ceri merah untuk hiasan (optional)
- Coklat cair untuk hiasan (optional)
- 1Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
- 2Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
- 3Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
- 4Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
- 5Rehatkan doh selama 10-15 minit.
- 6Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
- 7Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.
- •Jika anda ingin hiaskan dengan cairan coklat, biskut hendaklah dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat cair dalam piping bag dan potong muncung beg sedikit sahaja.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






