Resepi Biskut Semperit Klasik Petak
Semperit klasik bentuk petak yang premium, tak mudah pecah tapi bila gigit gebu dan cair di mulut. Rasa berlemak, creamy dan harum butter Anchor, memang auto sedap.

Bahan-bahan
Bahan
- 227g / 1 cwn mentega bergaram
- 1 biji kuning telur
- 130g/ 1 cwn gula aising (boleh kurangkan 80-100 gram jika suka kurang manis)
- 1 sk esen vanila
- 120g/ 1 cwn tepung kastad
- 120g/ 1 cwn tepung jagung
- 20g/ sb tepung beras
- 125g/ 1 cwn tepung gandum (tambah sikit-sikit)
- Coklat urai warna warni
Cara Buat Biskut Semperit Klasik Petak
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Cara Penyediaan Utama
- 1Mentega potong dadu besar dan biarkan lembut tapi sejuk (soft cold butter).
- 2Telur pecahkan dan ambil kuning telur sahaja.
- 3Bila mentega dah lembut, tuang masuk mentega dalam mangkuk adunan dan tekan sampai lembut.
- 4Tuang masuk gula aising dan gaul sekata.
- 5Bila texture dah creamy, tuang masuk kuning telur,
- 6Masukkan esen vanila (atau ekstrak vanila)dan kacau sebati
- 7Tuang masuk tepung kastad dan kacau sampai serap dulu.
- 8Masukkan tepung jagung dan tepung beras kemudian perlahan-lahan kacau sampai jadi doh.
- 9Masukkan tepung gandum dan sambung gaul sampai dapat doh yang mudah dibentuk.
- 10Lapik loyang dengan kertas baking, sebab biskut semperit kan nipis je jadi senang la nak keluarkan
- 11Masukkan doh dalam acuan dan terap atas loyang.
- 12Lepas terap boleh potong ikut panjang mana yang anda suka.
- 13Akhir sekali hias dengan apa-apa yang anda suka sebagai hiasan, Che Nom suka tabur dengan coklat rice.
- 14Bakar dalam oven suhu 150°C selama 10-15 minit. Api atas bawah.
- 15Boleh sejukkan sebelum simpan dalam balang kedap udara.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 70 biji
- Kalori
- 55 kcal
- Protein
- 0.5 g
- Karbohidrat
- 7 g
- Lemak
- 3 g
- Serat:
- 0 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 20 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Resepi tidak nyatakan bilangan; 820 g doh dianggar 70 keping (~11 g sekeping).
- Coklat urai 'secukupnya' dianggar 60 g.
- Mentega bergaram menyumbang hampir semua natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis bakul) — Biskut Semperit Klasik Petak
-
Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
-
Susun biskut atas tray/bakul:
- Buat 1 lapisan sahaja.
- Jarakkan ±1–2 cm antara biskut.
- Jika biskut nipis dan mudah cepat perang, pertimbangkan alas parchment (jangan tutup penuh aliran udara).
-
Bakar pada 140–160°C selama 6–10 minit.
- Semak awal pada minit ke-7 (wajib untuk elak terlebih perang).
-
Tanda masak:
- Tepi mula kekuningan/perang muda.
- Permukaan kering dan biskut mudah terangkat, tetapi masih rapuh ketika panas.
-
Sejukkan 5–10 minit di atas rak/tray sebelum simpan—biskut akan mengeras bila sejuk.
Nota: Jika batch seterusnya dibakar selepas air fryer sudah panas, mula semak 1 minit lebih awal.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 227g / 1 cwn mentega bergaram bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan (cawan US 240ml).
- 130g/ 1 cwn gula aising (boleh kurangkan 80-100 gram jika suka kurang manis) bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tepung kastad yang akan bagi biskut berwarna kuning, tapi kalau nak tambah pewarna kuning pon boleh jugak.
- Selepas masukkan tepung tapi doh masih lembik, boleh tambah lagi sikit-sikit tepung gandum sampai dapat doh yang lembut dan mudah tekan dengan acuan.
- Kalau terlebih letak tepung dan doh terkeras, boleh tambah butter lembut dan uli sampai lembut balik.
- Nak guna mata acuan Janis macam mana pon tak kisah tapi Che Nom tak suka guna yang nipis sangat takut nanti mudah pecah. Che Nom suka yang bergerigi dan tebal sikit.
- Ramai yang komen cakap terlalu manis, jadi untuk kurangkan rasa manis, boleh turunkan gula aising kepada sekitar 80-100 gram mengikut citarasa masing-masing.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi Semperit Klasik versi Panjang dengan rasa cukup sedap dan juga premium. Bila pegang tak mudah pecah, tapi bila digigit gebu dan cair di mulut.
Rasanya berlemak, creamy, dan harum dari butter jenama Anchor.
Che Nom memang suka guna butter Anchor untuk buat biskut raya sejak dulu lagi. Biskut raya jadi auto sedap. Tak payah tambah susu tepung atau susu pekat ke apa lagi dah.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









