Biskut Hazelnut Nutella
Biskut Hazelnut Nutella yang simple tetapi menarik kerana di letakkan filling nutella di tengah. Sesuai jika dihidangkan di hari raya, boleh juga dimakan pd hari-hari biasa.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
- 2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 225 gram unsalted butter
- 1/2 sudu kecil garam
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 biji telur kuning
- Nutella
- 1Kisar kacang hazelnut yang dipanggang tadi sehingga menjadi serbuk halus.
- 2Pukul unsalted butter dan gula sehingga sebati dan warna bertukar menjadi kuning pucat, kemudian masukkan telur kuning dan garam. Kacau sebati.
- 3Ayak tepung gandum dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak dan diselang seli kan dengan serbuk hazelnut ke dalam adunan. Kacau sehingga menjadi doh yang sebati. Doh memang agak lembik dan jangan ditambah tepung lagi.
- 4Balut doh dengan plastik cling atau plastic wrap. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam ke 1 jam. Keluarkan doh, lapik plastik di permukaan dan canai setebal 1/4 cm. Terap dengan acuan dan bakar pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit.
- 5Angkat dan sejukkan. Letakkan Nutella sebagai inti di tengah.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
Biskut Cappuccino
Biskut Cappuccino yang dibentuk menggunakan kaedah piping. Resepi ini menggunakan pati cappuccino (cappuccino paste) yan...
Biskut Badam
Resepi Biskut Badam yang rangup dan sedap. Sesuai untuk hidangan di hari raya. ...
Biskut Semperit
Resepi Kuih Semperit Untuk Juadah Di hari raya ...
Biskut Dahlia Coklat
Resepi Biskut Dahlia Coklat yang diubahsuai untuk memenuhi citarasa kanak-kanak di hari raya. ...
Biskut Kelapa Rangup
Resepi biskut kelapa yang berperisa pandan terbaik jika dihidangkan di hari raya. Sebagai peminat biskut kelapa saya aku...
Biskut Keju Cheddar Rangup
Biskut Keju Cheddar Rangup yang boleh disediakan sebagai biskut untuk juadah di hari raya. Rasa biskut ini sangat sedap ...