ResepiCheNom
Biskut Cappuccino

Resepi Biskut Cappuccino

Prep 15 minMasak 15 minJumlah 30 minHidangan 40 biji

Biskut Cappuccino gebu rangup dipaip cantik, guna pati cappuccino yang senang cari di kedai bakeri. Memang sesuai jadi biskut raya, wangi kopi dan sedap.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 1/4 cawan tepung gandum1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung1/2 cawan tepung jagung58g
  • 3 sudu kecil pati cappuccino3 sudu kecil pati cappuccino20g
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk koko1 1/2 sudu kecil serbuk koko
  • 225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadu225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadulebih tepat dalam gram
  • 1/2 cawan gula kastor1/2 cawan gula kastor100g

Cara Buat Biskut Cappuccino

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
  2. 2
    Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko.
  3. 3
    Menggunakan mixer, pukul unsalted butter dan gula sehingga putih dan kembang. Boleh juga dipukul menggunakan tangan.
  4. 4
    Tukar mixer kepada hook yang sesuai dan pada speed yang perlahan, masukkan pati cappuccino dan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  5. 5
    Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle yang biasa, paipkan secara membulat di atas kertas parchment yang dilapik di atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
  6. 6
    Bakar selama 12-15 minit.
  7. 7
    Angkat dan sejukkan di atas cooling rack.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul) — Resepi Biskut Cappuccino

  1. Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut di atas kertas baking/liner (jika ada), tinggalkan jarak 2–4 cm antara satu sama lain. Buat 4–8 keping satu batch (ikut saiz bakul).
  3. Bakar pada 145–160°C selama 7–10 minit.
    • Semak awal pada minit ke-7 (ini penting kerana setiap model berbeza).
  4. Bila siap, biarkan 3–5 minit dalam bakul/tray supaya biskut mengeras sedikit, kemudian alih ke rak untuk sejuk sepenuhnya.

Petunjuk masak: tepi mula keperangan, permukaan kering/matte, tengah masih lembut tetapi tidak basah.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 cawan tepung jagung bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 58g (cawan US 240ml).
3 sudu kecil pati cappuccino bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 20g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Biskut memang akan menjadi lembut walau selepas 15 minit dibakar, tetapi akan mula mengeras apabila sejuk.
Pengenalan

Biskut Cappuccino yang dibentuk menggunakan kaedah piping.

Resepi ini menggunakan pati cappuccino (cappuccino paste) yang boleh dibeli di kebanyakan kedai bakeri.

Sesuai untuk dihidangkan pada hari raya.

Diterbitkan pada 4 Jun 20144.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru