ResepiCheNom
Almond London

Resepi Almond London

Prep 30 minMasak 25 minJumlah 55 min

Almond London memang kuih raya wajib ada, rangup di luar dengan coklat yang padu. Resepi ni saya buat tiap tahun, diinspirasikan dari Che Mat Gebu, confirm jadi dan sedap.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor
  • 450 gram tepung gandum450 gram tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex2 sudu teh emplex
  • 1 1/4 cawan gula icing1 1/4 cawan gula icing
  • 2 biji kuning telur2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla1 sudu teh esen vanilla
  • 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven150 gram badam, dibakar seketika dalam oven
  • Bahan untuk disalutBahan untuk disalut
  • 450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus
  • 1/2 sudu besar lemak sayur1/2 sudu besar lemak sayur6g
  • Badam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketikaBadam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketika
  • Paper cup bersaiz kecilPaper cup bersaiz kecil

Cara Buat Almond London

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Ayak tepung gandum bersama emplex.
  2. 2
    Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. 3
    Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
  4. 4
    Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
  5. 5
    Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
  6. 6
    Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  7. 7
    Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
  8. 8
    Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
  9. 9
    Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul) – Almond London (nipis)

  1. Panaskan air fryer pada 160°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut 1–2 cm jarak (jangan bertindih). Bakar secara batch.
  3. Bakar pada 150–165°C selama 7–11 minit.
  4. Semak awal pada minit ke-7: jika sudah keemasan muda, boleh keluarkan.
  5. Sejukkan di rak 10–15 minit untuk setkan kerangupan (biskut nipis cepat mengeras selepas sejuk).

Petua penting: Untuk biskut nipis, mula dengan 150–160°C jika model air fryer anda cenderung cepat menghangus.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 sudu besar lemak sayur bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 6g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Almond London ini adalah resepi kuih raya yang pasti ada di kebanyakan rumah pada setiap sambutan hari raya.

Setiap tahun saya pasti akan menghasilkan Almond London dari resepi ini, hasilnya sangat sedap dan di inspirasikan dari blogger masakan terkenal Che Mat Gebu, www.tiffinbiru.com.

Diterbitkan pada 13 Julai 20147K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru