ResepiCheNom
Biskut Crunchy Caramel Almond

Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 minHidangan biji

Biskut Crunchy Caramel Almond (Florentine) paling mudah nak buat, rangup dan wangi badam dengan karamel semula jadi dari tepung florentine.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 200 gram tepung florentine200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam2 sudu besar bijan hitam18g

Cara Buat Biskut Crunchy Caramel Almond

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. 2
    Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. 3
    Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14"×14" yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. 4
    Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul) — Biskut Crunchy Caramel Almond

  1. Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
  2. Alas bakul dengan kertas baking/parchment (lebih baik yang berlubang) dan susun biskut jarak 2–4 cm.
  3. Bakar pada 145–155°C selama 4–7 minit.
  4. Semak awal pada minit ke-4: cari tepi mula perang nipis dan permukaan nampak kering.
  5. Jika perlu, sambung dalam tambahan 1–2 minit sahaja setiap kali semakan.
  6. Keluarkan dan sejukkan 5–10 minit (biskut biasanya mengeras dan lebih rangup selepas sejuk).

Nota: Bakar secara batch (±4–8 keping sekali) untuk aliran udara lebih sekata; laras masa/suhu ikut model air fryer anda.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 sudu besar bijan hitam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 18g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.
Video
Pengenalan

Biskut Crunchy Caramel Almond atau juga dikenali sebagai Biskut Florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.

Jangan terkejut kalau lihat di dalam resipi tiada sebarang gula digunakan sebab tepung florentine sudah mengandungi gula dan campuran yang secukupnya sebagai asas gula karamel. Cuma mungkin harganya agak mahal. Che Nom beli tepung bienetta atau florentine yang beratnya 600g pada harga RM23. Boleh didapati dengan mudah di kedai bakeri.

Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya.

Diterbitkan pada 31 Mei 201638.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru