Resepi Biskut Cappuccino
Biskut Cappuccino gebu rangup dipaip cantik, guna pati cappuccino yang senang cari di kedai bakeri. Memang sesuai jadi biskut raya, wangi kopi dan sedap.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 3 sudu kecil pati cappuccino
- 1 1/2 sudu kecil serbuk koko
- 225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadu
- 1/2 cawan gula kastor
Cara Buat Biskut Cappuccino
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170 celcius.
- 2Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko.
- 3Menggunakan mixer, pukul unsalted butter dan gula sehingga putih dan kembang. Boleh juga dipukul menggunakan tangan.
- 4Tukar mixer kepada hook yang sesuai dan pada speed yang perlahan, masukkan pati cappuccino dan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
- 5Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle yang biasa, paipkan secara membulat di atas kertas parchment yang dilapik di atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
- 6Bakar selama 12-15 minit.
- 7Angkat dan sejukkan di atas cooling rack.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 40 biji
- Kalori
- 70 kcal
- Protein
- 0.5 g
- Karbohidrat
- 7 g
- Lemak
- 4.5 g
- Serat:
- 0 g
- Gula:
- 2.5 g
- Natrium:
- 0 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Semua sukatan diberi dengan jelas, jadi pengiraan terus dibuat.
- Butter tanpa garam, jadi natrium hampir sifar.
- 225 g butter menyumbang lebih separuh kalori setiap keping.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis bakul) — Resepi Biskut Cappuccino
- Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
- Susun biskut di atas kertas baking/liner (jika ada), tinggalkan jarak 2–4 cm antara satu sama lain. Buat 4–8 keping satu batch (ikut saiz bakul).
- Bakar pada 145–160°C selama 7–10 minit.
- Semak awal pada minit ke-7 (ini penting kerana setiap model berbeza).
- Bila siap, biarkan 3–5 minit dalam bakul/tray supaya biskut mengeras sedikit, kemudian alih ke rak untuk sejuk sepenuhnya.
Petunjuk masak: tepi mula keperangan, permukaan kering/matte, tengah masih lembut tetapi tidak basah.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1/2 cawan tepung jagung bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 58g (cawan US 240ml).
- 3 sudu kecil pati cappuccino bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 20g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Biskut memang akan menjadi lembut walau selepas 15 minit dibakar, tetapi akan mula mengeras apabila sejuk.
Pengenalan
Biskut Cappuccino yang dibentuk menggunakan kaedah piping.
Resepi ini menggunakan pati cappuccino (cappuccino paste) yang boleh dibeli di kebanyakan kedai bakeri.
Sesuai untuk dihidangkan pada hari raya.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









