ResepiCheNom
Biskut Keju Cheddar Rangup

Resepi Biskut Keju Cheddar Rangup

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan biji

Biskut keju cheddar rangup ni senang buat dan memang padu untuk kuih raya. Rasa lemak masin keju cheddar bagi kelainan, sekali makan susah nak berhenti.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 130g gula icing± ⅔ cawan± ½ cawan + 2 sudu besar(130g gula icing)
  • 300g tepung gandum± 2 ¼ cawan + 2 sudu besar± 2 ⅓ cawan(300g tepung gandum)
  • 100g tepung jagung± ¾ cawan + 2 sudu besar± ¾ cawan + 1 sudu besar(100g tepung jagung)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat1/2 sudu teh soda bikarbonat3g
  • 250g mentega± 1 cawan + 2 sudu besar± 1 cawan + 1 sudu besar(250g mentega)
  • 1 biji telur, suhu bilik1 biji telur, suhu bilik
  • 100g parutan keju cheddar100g parutan keju cheddarlebih tepat dalam gram

Bahan Untuk Hiasan

  • 1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati
  • parutan keju cheddar secukupnyaparutan keju cheddar secukupnya

Cara Buat Biskut Keju Cheddar

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. 2
    Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama dan ketepikan.
  3. 3
    Pukul gula dan mentega sehingga putih dan kembang.
  4. 4
    Masukkan telur sedikit demi sedikit dan adun dengan sekata.
  5. 5
    Masukkan parutan keju cheddar bersama bahan ayak. Uli adunan sehingga sebati.
  6. 6
    Rehatkan doh selama 15 minit. Canai doh dan terap mengikut acuan kesukaan anda. Sapu dengan bancuhan telur dan tabur dengan parutan keju cheddar sebagai hiasan.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul) – penukaran dari oven 150°C 15 minit

  1. Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.

  2. Susun biskut atas kertas baking/perforated liner (jika ada). Buat satu lapisan, jangan bertindih. Jarakkan 2–3 cm.

  3. Bakar pada 140–160°C selama 8–12 minit.

    • Semak awal pada minit ke-8 (ini penting kerana air fryer mudah cepat perang).
  4. Petunjuk masak: tepi mula keperangan, permukaan nampak kering, dan bawah keemasan muda.

  5. Sejukkan 5–10 minit di atas rak/dulang: biskut akan jadi lebih rangup bila sejuk.

  6. Buat batch seterusnya dengan pelarasan kecil jika perlu (ikut warna/kerangupan dan perangai model air fryer anda).

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
130g gula icing bersamaan berapa cawan?
± ⅔ cawan (cawan US 240ml).
300g tepung gandum bersamaan berapa cawan?
± 2 ¼ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Doh harus direhatkan seketika supaya bahan-bahan kering menyerap lembapan, lebih senang dibentuk dan menghasilkan tekstur yang lebih baik untuk biskut.
Video
Pengenalan

Biskut Keju Cheddar Rangup yang boleh disediakan sebagai biskut untuk juadah di hari raya.

Rasa biskut ini sangat sedap dan lemak masin dari keju cheddar memberikan kelainan rasa kepada biskut ini.

Diterbitkan pada 23 Mei 20167.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru