ResepiCheNom
Biskut Badam

Resepi Biskut Badam

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan biji

Biskut Badam rangup dan wangi, mudah dibuat dengan rasa lemak manis yang ngam. Memang sesuai jadi biskut raya untuk jamu tetamu.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 150 gram tepung gandum*150 gram tepung gandum*
  • 100 gram tepung kastard*100 gram tepung kastard*
  • 75 gram tepung jagung*75 gram tepung jagung*
  • 150 gram butter, premium Anchor butter150 gram butter, premium Anchor butter
  • 115 gram gula icing115 gram gula icing
  • 1 biji telur gred A1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu teh esen vanilla1/2 sudu teh esen vanilla
  • 60 gram serbuk badam60 gram serbuk badam

Bahan Untuk Hiasan

  • 1 biji kuning telur1 biji kuning telur
  • badam cincangbadam cincang

Cara Buat Biskut Badam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Putar butter dan gula icing sehingga putih dan berkrim. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul kembali sehingga kembang.
  2. 2
    Ayak bahan bertanda (*) di dalam mangkuk gaulkan dengan serbuk badam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter yang sudah kembang tadi sehingga menjadi doh lembut yang boleh diuli. Tidak mengapa jika doh agak sedikit melekit.
  3. 3
    Rehatkan doh seketika, boleh juga direhatkan selama 10 minit di dalam peti ais.
  4. 4
    Uli sedikit doh dan canai di atas papan setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam.
  5. 5
    Panaskan oven pada suhu 170 celcius dan bakar selama lebih kurang 15 minit.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis basket) — Resepi Biskut Badam (tebal)

  1. Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut atas kertas baking/alas (sebaiknya berlubang). Jarakkan 2–3 cm dan jangan bertindih.
  3. Bakar pada 150–160°C selama 7–11 minit.
  4. Semak awal pada minit ke-8: cari tepi keperangan muda dan permukaan nampak kering.
  5. Jika belum cukup, sambung bakar 1 minit demi 1 minit hingga capai tanda masak.
  6. Sejukkan 10–15 minit di rak/atas dulang: biskut akan mengeras bila sejuk.

Nota batching: mula dengan 4–8 keping satu batch (ikut saiz bakul). Untuk hasil sekata, elakkan terlalu padat.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Biskut Badam yang rangup dan sedap.

Sesuai untuk hidangan di hari raya.

Diterbitkan pada 20 Ogos 201310.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru