
Resepi Biskut Arab
Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan biji
Biskut Arab gebu dan cantik 3 warna, senang dibuat dengan bahan yang tak banyak. Memang sedap dan antara biskut wajib Che Nom untuk raya, cubalah.
Bahan-bahan
Sukatan
Bahan Utama
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 tin kecil mintak sapi (anggaran)
- pewarna kuning
- pewarna pink atau merah
- pewarna biru
Cara Buat Biskut Arab
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Ayak tepung gandum di dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak di atas api yang perlahan sampai rasa tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.Kaedah ini dipanggil sangai.
- 2Ayak lagi sekali tepung gandum (kalau tak nak ayak pun tidak mengapa, Che Nom ayak supaya nk tepung tu tidak berketul lepas disangai).
- 3Gaulkan gula kastor bersama tepung. Kemudian sudukan minyak sapi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan uli sehingga terbentuknya doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
- 4Bahagikan kepada 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga sekata.
- 5Cubit sedikit doh secara sama rata dari 3 warna doh dan uli sehingga menjadi bulat pada saiz yang agak-agak muat ke dalam paper cup.
- 6Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 °C. Angkat dan sejukkan.Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan ke dalam paper cup.
Versi Air Fryer pautan
Air fryer (jenis bakul) – Resepi Biskut Arab
- Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
- Susun biskut di atas kertas baking berlubang/perforated atau terus atas bakul (jangan bertindih). Tinggalkan jarak 2–3 cm antara biskut.
- Bakar pada 145–155°C selama 8–12 minit.
- Semak awal pada minit ke-8: cari tepi mula kekuningan dan permukaan kering. Jika belum, sambung 1–4 minit lagi.
- Keluarkan dan sejukkan 5–10 minit (biskut biasanya mengeras apabila sejuk).
Nota larasan ikut model: Jika air fryer anda kuat panas, mula pada 145°C dahulu dan tambah masa sedikit-sedikit.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
- 3/4 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi biskut Arab yang sangat gebu dan cantik dalam 3 warna. Senang nak dibuat dan bahan pun tak banyak. Sedap pula tu :)
Biskut ini termasuk dalam senarai biskut wajib disediakan Che Nom pada hari raya. Cubalah ya.
Diterbitkan pada 10 Jun 201536.4K paparan
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Resepi Keropok Lekor Homemade: Lembut, Kenyal & Tak Liat
29 Julai 2026

Resepi Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang
14 Julai 2026

Resepi Kerabu Bunga Kantan
6 Julai 2026

Resepi Mee Goreng Mamak Simple Tapi Padu
6 Julai 2026

Resepi Mee Bandung Power, Kuah Pekat Pedas Berlemak
24 Jun 2026

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun
30 Mei 2026







