
Resepi Ayam Teriyaki
Ayam Teriyaki versi halal ala Che Nom, sosnya berkilat manis masin dan mudah sangat nak buat. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih saja.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 keping dada ayam
- 1/4 cawan kicap soya cair
- 2 sudu besar cuka makan
- 1 sudu besar parutan halus halia
- 2 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar gula perang atau gula putih
- sedikit minyak masak
- bijan
- daun bawang
- cili merah, jika suka
Cara Buat Ayam Teriyaki
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
- 2Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
- 3Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
- 4Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
- 5Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuang sos ke atas ayam tadi.
- 6Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili. Hidang bersama nasi putih panas.
Bantuan Semasa Memasak
Pengenalan
Resepi Ayam Teriyaki yang berasal dari pengaruh masakan Jepun, sangat sedap dan mudah disediakan.
Teriyaki membawa maksud dari dua gabungan perkataan iaitu 'Teri' bermaksud kilatan dari proses karamel gula dalam sos perapan, 'Yaki' pula bermaksud cara memasak dengan memanggang atau menggoreng.
Masakan ini biasanya dihidangkan dengan nasi putih sahaja dan tidak digalakkan dimakan bersama gabungan lauk yang lain. Resepi Teriyaki yang asal terdiri daripada gabungan sos soya dan sake (sejenis wine Jepun dari beras) ataupun mirin. Oleh kerana masakan ini adalah versi halal, Che Nom gantikan sake atau mirin dengan cuka makan (white vinegar) dan boleh juga dicampurkan sekali dengan jus lemon atau jus limau. Anda harus cuba resepi ini :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Ayam Panggang Style Che Nom

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam Juicy & Kulit Rangup

Resepi Ayam Kung Pao Special

Resepi Ayam Goreng Crispy dengan Coleslaw dan Mashed Potato

Resepi Ayam Masak Kicap Style Chinese

Resepi Set Ayam Panggang Ala Nandos
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



