ResepiCheNom
Ayam Masak Black Pepper Cendawan
Ayam

Resepi Ayam Masak Black Pepper Cendawan

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 minHidangan 3 orang

Ayam Masak Black Pepper Cendawan ni cepat dan mudah, memang ngam untuk hari bekerja. Wajib letak celeri, goreng pantas bagi rangup dan lagi sedap.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 300 gram ayam, potong kecil300 gram ayam, potong kecil
  • 5 biji cendawan butang segar, potong 45 biji cendawan butang segar, potong 4
  • 4 batang celeri, potong serong4 batang celeri, potong serong
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 inci halia, hiris nipis1 inci halia, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar, potong 41/2 biji bawang besar, potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pessedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Ayam Masak Black Pepper Cendawan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. 2
    Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  3. 3
    Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
  4. 4
    Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  5. 5
    Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Jangan goreng terlalu lama kerana sayur celeri dan cendawan akan menjadi lembik dan tidak segar.
Video
Pengenalan

Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan ni sesuai dimasak pada hari bekerja oleh ibu-ibu kerana cepat dan mudah.

Satu bahan utama yang perlu ada dalam masakan ni ialah celeri sebab ianya rangup dan sedap jika digoreng pantas.

Diterbitkan pada 7 September 201448.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru