Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock Dan Sambal Belacan
Ayam goreng kunyit ala Mat Rock yang garing di luar, lembut di dalam, siap dengan sayur. Makan sekali sambal belacan pedas padu, memang ngam untuk menu puasa.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Goreng Kunyit
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 530 kcal
- Protein
- 26 g
- Karbohidrat
- 16 g
- Lemak
- 39.5 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 5.5 g
- Natrium:
- 2020 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak menggoreng tidak disukat; dikira 11% serapan pada ayam bersalut tepung beras tambah 2 sudu besar untuk menumis sayur.
- Telur goreng 'secukupnya' dianggar 5 biji (satu setiap orang).
- Termasuk sayur goreng dan sambal belacan sekali.
- Garam ayam, serbuk seasoning, garam sambal, belacan dan kicap menjadikan natrium sangat tinggi.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk sambal belacan, kisarkan limau kasturi berserta kulitnya tetapi hendaklah buang biji limau terdahulu supaya rasa sambal belacan tidak terasa pahit.
- Jika sambal belacan terlalu kering ketika dikisar, tambah sedikit air tetapi elakkan daripada terlalu banyak air.
- Kerapkan mengacau ayam kunyit ketika menggoreng untuk mendapat tekstur ayam yang rangup dan sedap.
Video
Pengenalan
Jumpa lagi kita pada video kali ni, dan Che Nom nak share resepi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock, siap pakej dengan sambal belacan yang padu! Resepi ni bukan nya resepi asal, cuma Che Nom saja suka-suka masak dan buat sampai dapat hasil yang ala-ala nak sama. Boleh lah nak buat idea menu bulan puasa nanti. Nak rasa yang ori, kena pergi kedai Mat Rock.
Apa yang menarik ialah, ayam nya tu kita perap dengan kunyit dan rempah-rempah lain. Kemudian kita goreng sampai garing tapi masih lembut di dalam dan siap dengan sayur-sayur lagi. Makan pula dengan sambal belacan yang pedas dan mantap rasa dia, gu dengan telur goreng makcik kantin, kicap sikit. Memang terbaik.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









