ResepiCheNom
Asam Pedas Ayam Style Melaka
Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam Style Melaka

Prep 20 minMasak 35 minJumlah 55 minHidangan 5 orang

Asam Pedas Ayam style Melaka dengan kuah pekat, pedas masam yang padu dan penuh bahan. Resepi asal daging tetel, Che Nom tukar guna ayam pun tetap sedap.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Kisar Halus

  • sedikit airsedikit air
  • 4 biji bawang merah kecil4 biji bawang merah kecil
  • Anggaran 20 biji cili keringAnggaran 20 biji cili kering
  • 1/2 sudu besar lada hitam1/2 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang putih5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1-2 ketul kunyit1-2 ketul kunyit
  • 1 ketul kecil belacan1 ketul kecil belacan

Bahan Lain

  • 1 cawan minyak masak1 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu kecil halba1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 ekor ayam1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai1 batang serai
  • 2-3 helai daun limau purut2-3 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air pati asam jawa1/2 cawan air pati asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan1 kuntum bunga kantan
  • 6 tangkai daun kesum6 tangkai daun kesum
  • 1 biji terung bulat1 biji terung bulat
  • sedikit air, untuk lebih berkuahsedikit air, untuk lebih berkuah
  • 1 sudu besar kerisik1 sudu besar kerisik
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa
  • 2 biji tomato2 biji tomato
  • 6 batang sayur bendi6 batang sayur bendi

Cara Buat Asam Pedas Ayam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
  2. 2
    Potong 4 tomato, terung bulat dan bunga kantan.
  3. 3
    Sayur bendi potong dan buang hujung je.
  4. 4
    Daun kesum
  5. 5
    Masukkan kedalam blander cili kering (yang telah direbus dan buang biji), lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan dan sedikit air.
  6. 6
    Kisar halus.
  7. 7
    Panaskan minyak.
  8. 8
    Masukkan sikit halba.
  9. 9
    Tumis bahan kisar halus.
  10. 10
    Tambah sedikit air dan masak sampailah garing.
  11. 11
    Ulang proses tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.
  12. 12
    Bila cili dah masak, masukkan ayam.
  13. 13
    Masukkan serai yang letah dititik atau ketuk sampai pecah.
  14. 14
    Masukkan daun limau purut dan masak sehingga kuah kering dan ayam separuh masak.
  15. 15
    Masukkan air pati asam jawa.
  16. 16
    Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, terung bulat, tambah air sikit dan masak sehingga kesemua bahan jadi lembut.
  17. 17
    Masukkan kerisik.
  18. 18
    Masukkan gula dan garam secukupnya.
  19. 19
    Masukkan tomato.
  20. 20
    Tambah air untuk lebih berkuah.
  21. 21
    Last sekali masukkan bendi.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk asam pedas style melaka, akan letakkan kelapa bakar atau kerisik.
Video
Pengenalan

Ayam Asam Pedas style Melaka, yang memang tak dinafikan lagi sedap sungguh rasanya.

Mula-mula Che Nom tengok ada satu rancangan masak kat TV, perkongsian dari seorang saudara dari Melaka, dengan kuah yang pekat dan bnyk bahan-bahan menarik dimasukkan , sampai teliur lah Che Nom tengok.

Resepi asal guna daging tetel, tapi Che Nom tukar dengan ayam.

Diterbitkan pada 15 Ogos 202061.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru