ResepiCheNom
Apam Nasi Pandan

Resepi Apam Nasi Pandan

Prep 2 jam 10 minMasak 28 minJumlah 2 jam 38 minHidangan 12 biji

Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Apam Pandan

  • 3 helai daun pandan3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cwn air1 1/2 cwn air
  • 1 cwn nasi1 cwn nasi185g
  • 3/4 cwn gula3/4 cwn gula150g
  • 1 1/2 cwn tepung beras1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung gandum1/2 cwn tepung gandum63g
  • Sedikit pewarna hijauSedikit pewarna hijau
  • 1 sk yis kering1 sk yis kering3g
  • 2 sk serbuk penaik2 sk serbuk penaik8g

Bahan Kelapa Parut

  • 1/2 biji kelapa parut1/2 biji kelapa parut
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan

Cara Buat Apam Nasi Pandan

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Apam Nasi Pandan

  1. 1
    Gunting daun pandan dan kisar halus dengan 1 cwn air. Tapis jus pandan dengan jaring halus.
  2. 2
    Kisar halus nasi sejuk, jus pandan, air dan gula.
  3. 3
    Gaul tepung beras, tepung gandum dan yis kering.
  4. 4
    Tuang masuk bahan kisar halus tadi dan pewarna hijau sikit (pilihan) dalam adunan kering. Gaul sebati.
  5. 5
    Perap adunan suhu bilik selama 2 jam.
  6. 6
    Bila adunan apam dan berbuih, masukkan baking powder dan kacau sampai hilang buih.
  7. 7
    Kukus acuan kosong dalam 3-5 minit dengan api besar.
  8. 8
    Tuang masuk adunan apam dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
  9. 9
    Sejukkan apam sebelum keluarkan dari acuan.

Kelapa Parut

  1. 1
    Gaul kelapa parut dengan garam dan daun pandan.
  2. 2
    Kukus selama 5-8 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cwn nasi bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 185g (cawan US 240ml).
3/4 cwn gula bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, hasil guna Cap ni memang elok dan gebu untuk apam.
  • Kalau pakai pengukus klasik, penutup balut dengan kain untuk elak wap air jatuh.
  • Sebelum kukus, kita kena kacau sampai hilang semua buih-buih besar barulah bila kukus nanti apam akan naik lagi sekali dan kembang mekar dengan cantik.
Tunjuk semua petua (5)
Petua & Panduan
  • Masa tuang masuk adunan dalam acuan, tutup dulu api pengukus takut melecur tangan kena steam.
  • Apam kena tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan kalau tak apam akan melekat dekat tangan. Acuan pon kena penyet-penyet biar senang tanggal.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi kuih yang sedap sangat, lembut gebu. Harum sangat bau dari pandan dan juga bau perapan yis, iaitu Apam Pandan mekar. Bukan itu saja, Che Nom nak tunjuk juga cara untuk dapatkan apam yang mekar kembang merekah dengan beberapa tips penting dan resepi ni juga tak perlu guna Eno.

Bahan-bahan senang aja nak sediakan yang terutamanya sekali kena ada , nasi sejuk, ha kalau ada lebihan nasi, dah jemu buat nasi goreng, boleh buat apam Pandan Mekar ni. Nasi kalau kita perap dengan yis dan bahan-bahan lain, proses fermentasi tu akan develop satu rasa dan bau yang enak.

Ratio tepung beras dan tepung gandum pon memainkan peranan penting tunuk hasil yang lembut dan liat-liat gebu macam apam kampung nenek-nenek kita buat dulu. Makan dengan kelapa parut berlemak masin, ha sedap sangat tak tau nak habaq.

Diterbitkan pada 8 Februari 202410.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru