ResepiCheNom
Apam Mekar Tepung Beras

Resepi Apam Mekar Tepung Beras

Prep 10 minMasak 10 minJumlah 20 minHidangan 12 biji

Apam Mekar Tepung Beras ni gebu, lembut dan mekar cantik, senang sangat nak buat. Sesuai untuk minum petang atau hi-tea, lagi comel bila guna muffin cup kecil.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 200 g tepung beras (2 cwn)± 1 ½ cawan + 2 sudu besar± 1 ½ cawan + 1 sudu besar(200 g tepung beras (2 cwn))
  • 2 sudu kecil baking powder2 sudu kecil baking powder8g
  • 2/3 cawan gula2/3 cawan gula133g
  • 1 cawan susu segar1 cawan susu segar245g
  • 1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna atau emulcopewarna atau emulco

Cara Buat Apam Mekar Tepung Beras

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan kukusan. Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih.
  2. 2
    Satukan tepung beras, baking powder dan gula. Gaul sebati.
  3. 3
    Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata.
  4. 4
    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco.
  5. 5
    Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit. Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
200 g tepung beras (2 cwn) bersamaan berapa cawan?
± 1 ½ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
2 sudu kecil baking powder bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 8g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Apam Mekar Tepung Beras yang gebu, lembut dan cantik sangat kejadiannya. Caranya cukup mudah dan cepat pula disediakan.

Resipi ni diambil dari Kak Fida/MyResipi. Pertama kali cuba dan hasilnya sangat memuaskan, cuma Che Nom kurangkan sedikit gula dari resipi asal.

Apam mekar tepung beras ni sesuai juga dihidangkan kepada kanak-kanak kerana rupanya yang comel jika diletakkan di dalam muffin cup yang kecil dan warna yang lembut dan ceria. Menarik juga jika dihidangkan di hi-tea party.

Diterbitkan pada 7 Januari 20167K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru