ResepiCheNom
Apam Balik

Resepi Apam Balik

Prep 1 jam 5 minMasak 15 minJumlah 1 jam 20 minHidangan 10 biji

Apam balik tebal gebu ala pasar malam, penuh kacang dan jagung manis. Ikut resepi ni, senang nak dapat kulit cantik dan inti padu di rumah.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Apam Balik

  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g
  • 1/4 cawan gula1/4 cawan gula50g
  • 1 sudu teh soda bikarbonat1 sudu teh soda bikarbonat5g
  • 1 sudu teh baking powder1 sudu teh baking powder4g
  • 1 biji telur1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • sedikit pewarna kuningsedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kualiSedikit minyak, untuk disapu pada kuali

Bahan Untuk Di Tabur

  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnyagula pasir secukupnya

Cara Buat Apam Balik

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Apam Balik

  1. 1
    Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. 2
    Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. 3
    Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. 4
    Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. 5
    Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. 6
    Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
1/4 cawan gula bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 50g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi apam balik ataupun terkenal sebagai Malaysian pancake, memang kebiasaan dijual di pasar malam atau di gerai-gerai makanan.

Terdapat 2 jenis apam balik iaitu yang tebal dan gebu, dan satu lagi jenis yang nipis dan rangup.

Resepi ini merujuk kepada apam balik yang tebal dan gebu.

Diterbitkan pada 26 Mac 201650.6K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru