Almond London
Resepi Almond London ini adalah resepi kuih raya yang pasti ada di kebanyakan rumah pada setiap sambutan hari raya. Setiap tahun saya pasti akan menghasilkan Almond London dari resepi ini, hasilnya sangat sedap dan di inspirasikan dari blogger masakan terkenal Che Mat Gebu, www.tiffinbiru.com.
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 13 Julai 201419 paparan
Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
25 minit
Jumlah Masa
N/A
Hidangan
? orang
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 250 gram mentega, saya gunakan jenama Anchor
- 450 gram tepung gandum
- 2 sudu teh emplex
- 1 1/4 cawan gula icing
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 150 gram badam, dibakar seketika dalam oven
- Bahan untuk disalut
- 450 gram coklat masakan, saya guna jenama Bagus
- 1/2 sudu besar lemak sayur
- Badam cincang, dibakar dlm oven /disangai seketika
- Paper cup bersaiz kecil
Cara Memasak
Penyediaan Utama
- 1Ayak tepung gandum bersama emplex.
- 2Pukul mentega (dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula icing sehingga sebati, kemudian masukkan telur kuning dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang.
- 3Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan emplex yang diayak tadi, kacau sebati.
- 4Ambil sedikit doh, dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang sehingga habis adunan.
- 5Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20-25 minit.
- 6Keluarkan dan sejukkan di atas redai.
- 7Untuk bahan salut, gunakan kaedah double boil, panaskan coklat sehingga cair dan masukkan lemak sayur. Kacau sebati.
- 8Ambil biskut yg sudah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat kemudian masukkan ke dalam paper cup. Sudukan sedikit coklat kedalam paper cup supaya memenuhi ruang kosong yang ada.
- 9Tabur/hiaskan dengan badam cincang dan susun rapat supaya paper cup menjadi bentuk bujur apabila sejuk.
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
786 Resipi
Lihat profil Che_Nom