
Agar-Agar Santan Pandan
Kali ni Che Nom nak share resepi dessert klasik iaitu agar-agar santan pandan. Mesti ramai yang suka makan agar-agar ni kan.
Sebelum ni Che Nom pernah kongsi agar-agar santan versi gula melaka, dan kali ni versi pandan pulak. Baunya wangi sangat dari jus pandan asli dan warna pun menarik. Hasil agar-agar ni sedang elok aja tak keras dan tak terlalu lembut serta mudah dipotong dan tak berair bila disimpan. Sesuai juga kalau nak buat jualan.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 pek /20g agar-agar tali
- 4 1/2 cawan air
- 1 cwn /200g gula + 2 sb gula (pilihan)
- 1 cwn air pandan
- 1 kotak kecil /200ml santan
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- Sedikit pewarna hijau
- 1Pecahkan telur dan pukul.
- 2Potong kasar daun pandan kemudian masukkan dalam blender. Tambah 1 cawan air dan kisar halus.
- 3Tapis jus pandan dan sukat. Ttambah air kosong kalau tak cukup 1 cawan. Ketepikan dulu
- 4Masukkan telur tadi dalam santan. Kacau telur dan santan sampai larut sebati kemudian ketepikan dulu.
- 5Untuk agar-agar, Che Nom bilas dulu dengan air kemudian toskan kering.
- 6Masukkan agar-agar dan air dalam periuk kemudian masak sampai agar-agar larut.
- 7Bila agar-agar dah hampir nak larut, tuang masuk gula dan gaul sebati.
- 8Masukkan garam (sikit je, cukup sekadar untuk bagi naik lemak santan, jangan banyak takut masin nanti) dan air jus pandan.
- 9Tambah sedikit pewarna hijau.
- 10Bila agar-agar dah larut dan mendidih, tuang masuk adunan santan dan telur tadi.
- 11Terus kacau sampai sebati. Masa ni memang kita akan terus nampak santan berketul-ketul.
- 12Bukak api besar dan biar aga-agar mendidih sampai nak meruap. Tapi jaga-jaga jangan sampai meruap keluar periuk pulak nanti habis tumpah.
- 13Bila dah meruap 1-2 minit, boleh terus tutup api.
- 14Tuang masuk adunan agar-agar. Che Nom guna bekas kaca, kalau nak guna loyang aluminium pon boleh.
- 15Biarkan adunan aga-agar suam-suam sejuk dan lepas tu simpan dalam peti sejuk semalaman.
- 16Bila agar-agar dah keras, boleh potong dan sedia untuk dihidang.
- •Waktu campur telur dalam santan, pastikan telur betul-betul sebati takut nanti telur jadi scramble egg pulak dalam agar-agar.
- •Setengah orang kalau nak agar-agar cepat larut, dia rendam sekejap dalam air sebelum rebus, tapi Che Nom terus rebus je.
- •Kalau tak ada daun pandan boleh je guna pes pandan, boleh beli dekat kedai.
- •Kalau guna santan asli lebih sedap sebenarnya tapi kalau nak mudah guna santan kotak je.
- •Sebelum tuang agar-agar, Che Nom basahkan sikit bekas dengan air untuk elak melekat.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Talam Pandan
Kali ni Che Nom nak share resepi Talam Pandan yang lembut, berlemak dan manis secukup rasa. Che Nom test banyak kali seh...

Kuih ketayap
Jom tgk Che Nom sediakan antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, iaitu kuih ketayap. Dulu Che Nom dah pernah share, ta...

Seri muka versi niaga
Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga atau tempahan iaitu kuih seri muka. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata dan rasa pon sedap.

Kuih Peneram Rangup Luar Lembut Dalam
Kali ni Che Nom buat kuih yang biasa kita panggil Peneram atau kuih denderam. Kalau pergi pasar malam memang Che Nom mes...

Cucur Ikan Bilis
Dah lama rasanya tak share resepi cucur. Sebab Che Nom ni bukannya pandai sangat buat cucur goreng. Kebetulan resepi ni ...

Kuih Bom Bijan Kelapa
Dalam resepi ni Che Nom kongsikan resepi versi ke 2 dan tips yang untuk hasil kan kuih bom bijan yang rangup diluar dan...