ResepiCheNom
Agar-agar Koktail

Resepi Agar-Agar Koktail

Prep 5 minMasak 10 minJumlah 15 min

Agar-agar koktail ni memang senang sangat, guna buah koktel tin je pun dah jadi pencuci mulut yang sedap.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali1 bungkus atau 20g agar-agar bertalilebih tepat dalam gram
  • 900 ml air900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan1 helai daun pandan

Cara Buat Agar-Agar Koktail

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
  2. 2
    Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  3. 3
    Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  4. 4
    Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi agar-agar koktail yang menggunakan buah-buahan koktel di dalam tin. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati.

Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap.

Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.

Diterbitkan pada 25 Jun 201546.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru