Churros

Resepi special kali ni, Churros yang digaul dengan cinnamon sugar, rangup diluar dan lembut di dalam. Kemudian celup pulak churros yang suam-suam panas tu dengan coklat atau pon butterscotch dipping sauce.

Mula-mula Che Nom tunjuk cara yang lengkap untuk sediakan doh churros atau choux pastry, dan kita sediakan pula coklat dipping sauce yang smooth & silky teksturnya. Lepas tu masak pula butterscotch dipping sauce yang lemak manis berkaramel. Semuanya ni Che Nom sediakan dengan menggunakan pure butter Anchor, 100% dari New Zealand. Aromatic baunya tu semerbak satu dapur bila masak. Pure butter Anchor ni sesuai untuk dessert ataupun dalam masakan.

Tips untuk menggoreng churros juga sangat penting, supaya hasil churros kita tu tak merekah, tak lembik serap minyak, rangup diluar dan masak sempurna dalamnya. Jadi kalau anda berminat nak cuba untuk makan dengan anak-anak atau nak buat berniaga, tonton video ni sampai habis ok.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan churros:
    • 200ml air
    • 1 sb /12g gula
    • 1/4 sk /2g garam
    • 4 sb / 56g mentega
    • 140g tepung gandum
    • 2 biji telur saiz A
  • Bahan-bahan sos butterscotch:
    • 1/2 ketul /113g mentega
    • 1 cwn /220g gula perang
    • 1/2 sk garam
    • 200ml dairy whipping cream
    • 1 sk esen vanila
  • Bahan-bahan sos coklat:
    • 1 1/2 cwn /210g dark chocolate coin
    • 1/4 ketul /56g mentega
    • 1/3 cwn susu full cream
    • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara churros:
    1. Masukkan air, gula, garam dan butter dalam periuk. Buka api dan masak sampai gula larut dan air mendidih.
    2. Tuang masuk tepung gandum, perlahankan api dan kacau sampai adunan bergumpal (kalau pakai periuk stainless steel, boleh check ada lapisan melekat dekat bawah tu, maknanya dah ready. Kalau non-stick takda lah).
    3. Bila doh dah sekata dan berkilat boleh tutup api dan pindah dalam mangkuk.Tekan-tekan supaya suhu turun sebelum masukkan telur.
    4. Masuk telur dalam doh sebiji demi sebiji dan kacau.
    5. Masuk nozzle (star shape no855) dalam pipping bag (guna 2 keping untuk elak pecah).
    6. Masuk doh dalam pipping bag dan paip churros atas kertas baking.
    7. Panaskan minyak (suhu 355°F atau 180°C) dan goreng churros sampai perang.
    8. Campur gula kastor dengan serbuk kayu manis kemudian salut churros masa suam-suam panas.
  2. Cara-cara butterscotch:
    1. Cairkan butter kemudian masuk gula perang dan sedikit garam. Masak sampai gula pekat berbuih.
    2. Tuang masuk dairy whipping cream, esen vanilla dan masak sampai pekat dan mendidih.
  3. Cara-cara chocolate dipping sauce:
    1. Cairkan butter, coklat coin dan full cream atas api perlahan sampai larut.

Tip:

  • Jangan goreng penuh-penuh kuali, nanti churros jadi lembik, serap minyak dan tak rangup.
  • Kena kerap kacau churros masa goreng dan api sederhana. Kita nak hasil churros tu rangup di luar dan lembut ringan dalamnya.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan: