ResepiCheNom
Tomyam Putih ala Restoran Thai

Resepi Tomyam Putih Ala Restoran Thai

Prep 20 minMasak 25 minJumlah 45 minHidangan 4 orang

Tomyam putih ala restoran Thai yang pedas dan masam cukup rasa, macam Che Nom selalu makan dulu. Kuah pekat berlemak, mudah je nak sediakan di rumah.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 kiub ayam1 kiub ayam
  • 2 batang serai2 batang serai
  • cendawan tiramcendawan tiram
  • 1/2 liter air1/2 liter air
  • 1 inci lengkuas1 inci lengkuas
  • 1/2 biji bawang holland1/2 biji bawang holland
  • 3-4 helai daun limau purut3-4 helai daun limau purut
  • 5-10 ekor udang5-10 ekor udang
  • 6-10 cili padi6-10 cili padi
  • 2 sudu besar sos ikan2 sudu besar sos ikan
  • 3 ekor sotong3 ekor sotong
  • gar am secukup rasagar am secukup rasa
  • tomatotomato
  • 2-3 biji limau nipis (ambil jus)2-3 biji limau nipis (ambil jus)
  • daun ketumbardaun ketumbar

Cara Buat Tomyam Putih

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Hiris nipis serai, lengkuas dan bawang Holland.
  2. 2
    Tomato dan limau nipis belah empat.
  3. 3
    Buang tangkai cili padi kemudian belah dua kat hujung, nak tumbuk kasar pon boleh.
  4. 4
    Cendawan tiram basuh, dilap kering dan carikkan sederhana besar.
  5. 5
    Buang kulit udang sehingga hujung kepala, belahkan dan buang tali hitam, kulit ke ekor dan kepala biarkan jgn cabut.
  6. 6
    Bersihkan sotong, buang lapisan kulit dan potong bulat.
  7. 7
    Rebus air sampai mendidih.
  8. 8
    Kemudian masukkan kiub ayam, hirisan serai lemgkuas dan bawang holland.
  9. 9
    Biarkan reneh sekejap.
  10. 10
    Kemudian masukkan daun limau purut yang telah buang tulang tengah.
  11. 11
    Seterusnya masukkan cendawan, udang, cili padi dan sos ikan thai. '
  12. 12
    Masukkan pula sotong dan garam secukup rasa.
  13. 13
    Bila dah mendidih tutup api dan masukkan perahan jus limau nipis secukupnya.
  14. 14
    Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kulit dan kepala udang dibiarkan untuk memberi rasa manis seafood yang sedap bila direbus.
  • Buang tulang tengah daun limau purut supaya kuah tak pahit.
  • Sotong perlu masukkan lambat sbb sotong tak boleh masak lama sgt kalau tidak sotong akan liat dan keras.
Video
Pengenalan

Hi semua, kali ni Che Nom nak share resepi tomyam kuah putih ala Thai yg pedas, masam secukup rasa, sama macam yg Che Nom selalu makan kat Kg Baru dulu.

Mmg sedap betul tomyam ni, simple pun nak sedia kan.

Diterbitkan pada 3 Jun 202097.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru