
Resepi Tom Yam Thai Campur
Tom Yam Thai Campur kuah merah nam khon yang pedas masam, pekat berkrim dengan susu cair dan aroma wangi akar ketumbar. Guna seafood campur, memang padu!
Bahan-bahan
Cara Buat Tom Yam Thai Campur
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- 2Masukkan pula karot diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, cendawan tiram yang diracik halus, tomato, sos ikan, sotong, udang dan susu cair.
- 3Kacau seketika tetapi jangan lama kerana takut udang dan sotong terlebih masak. Anggaran 30 saat sahaja.
- 4Masukkan jus limau nipis dan terus tutup api. Jus limau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti rasanya akan menjadi tidak enak.
- 5Taburkan dengan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma dan hiasan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Tom Yam Thai Campur yang Che Nom kongsi kali ini adalah sejenis tom yam yang berkuah merah pedas atau "nam Khon" berbanding satu lagi jenis Tom Yam Thai yang berkuah putih atau "nam sai".
Dalam resepi ini kita masukkan susu cair dan akar ketumbar sebagai bahan utama penambah aroma. Juga kalau diikutkan cara orang Thai masak, mereka gunakan air rebusan ayam atau seafood sebagai bahan utama kuah tom yam, tetapi oleh kerana tidak ada air rebusan ayam Che Nom masukkan kiub ayam sebagai ganti, tidak ada sebarang masalah.
Selamat mencuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









