ResepiCheNom
Sardin Roll

Resepi Sardin Roll

Prep 30 minMasak 15 minJumlah 45 min

Sardin Roll rangup berongga sesuai untuk minum petang, guna doh ala short crust pastry berbutter yang sedap.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Pastri

  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g
  • 70 gram mentega sejuk, potong kiub70 gram mentega sejuk, potong kiub
  • 1/2 sudu kecil garam halus1/2 sudu kecil garam halus3g
  • 40 ml air sejuk40 ml air sejuk
  • 1 biji telur, untuk sapu1 biji telur, untuk sapu

Bahan Untuk Inti Sardin

  • 1 tin kecil sardin1 tin kecil sardin
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 3 biji bawang merah, cincang halus3 biji bawang merah, cincang halus
  • 1 biji kentang, potong dadu1 biji kentang, potong dadu
  • 1 biji bawang besar, potong dadu1 biji bawang besar, potong dadu
  • 2 sudu besar cili kisar2 sudu besar cili kisar30g
  • 3 biji cili api, hiris nipis3 biji cili api, hiris nipis
  • 1 sudu besar mayonis1 sudu besar mayonis14g
  • minyakminyak
  • garam dan gula secukup rasagaram dan gula secukup rasa

Cara Buat Sardin Roll

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Penyediaan Utama

  1. 1
    Gaulkan tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
  2. 2
    Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. 3
    Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
  4. 4
    Keluarkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk bebola.
  5. 5
    Gunakan rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
  6. 6
    Goreng di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan.

Untuk Memasak Inti Sardin

  1. 1
    Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, cili padi dan kacau sehingga pecah minyak.
  2. 2
    Masukkan sardin bersama kuahnya sekali, kacau seketika diikuti kentang. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
  3. 3
    Masukkan pula bawang besar, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan.
  4. 4
    Hancurkan isi sardin dan gaul bersama mayonis.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
1/2 sudu kecil garam halus bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Sardin Roll, sesuai untuk minum petang. Resepi doh untuk kulit sardin roll saya ambil dari cara untuk membuat short crust pastry, iaitu butter yang digaulkan bersama tepung sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti.

Ketulan butter yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup, rasa doh yang menggunakan butter juga sedap. Pastikan doh direhatkan di dalam peti sejuk secukupnya.

Diterbitkan pada 12 Julai 201410.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru