Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru
Sambal Tumis Ikan Cencaru ni senang je, makan dengan nasi putih memang padu. Belah belakang ikan bagi garing dan sambal meresap, tambah sos ikan lagi naik selera.

Bahan-bahan
Cara Buat Sambal Tumis Ikan Cencaru
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan ikan. Gaul dengan garam dan kunyit.
- 2Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.
- 3Dalam kuali berasingan, panaskan minyak.
- 4Tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak dan warna sambal berukar menjadi merah gelap sedikit. bila dah kering tambah air sedikit. Ulang tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.
- 5Masukkan air asam jawa, sos ikan Thai, sos tiram dan gula.
- 6Masukkan ikan cencaru yang digoreng tadi. Gaul sekata.
- 7Masukkan hirisan bawang besar, dan sedikit garam jika perlu.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 315 kcal
- Protein
- 13.5 g
- Karbohidrat
- 12.5 g
- Lemak
- 22.5 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 980 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 3 ekor ikan cencaru dianggar 675 g keseluruhan, 58% isi boleh dimakan.
- Minyak menggoreng ikan tidak disenaraikan; serapan dikira 8% berat isi ikan.
- '1/2 mangkuk kecil minyak' untuk menumis dianggar 100 ml dan dikira penuh.
- Garam secukup rasa dianggar 1 sudu kecil; sos ikan dan sos tiram menambah natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jangan banyak sangat masukkan garam kerana ikan cencaru yang digoreng sudah sedikit masin rasanya.
- Tambah air banyak kali semasa masak sambal supaya sambal masak sempurna dan sedap.
Video
Pengenalan
Sambal Tumis Ikan Cencaru, menu yang mudah disediakan dan sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih.
Kita belah belakang ikan cencaru kerana isi ikannya tebal dan supaya ikan menjadi garing dan menyerap sambal di bahagian belahan nya.
Sos ikan memang sangat sesuai dimasukkan ke dalam sambal tumis untuk sebarang jenis ikan, rasanya kuah sambal tumisnya bila digaul bersama ikan goreng memang cukup membuka selera. Cubalah :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









