
Roti Sardin Goreng
Jom kita tengok Che Nom masak Roti Sardin Goreng rangup, style makcik kantin. Ha, siapa pernah makan dulu masa sekolah? nostalgia sangat kan.
Video ni ada dua bahagian penting, pertama cara nk masak inti sambal sardin yang dan simple, tak banyak bahan pun, sesuai sangat untuk inti sandwich, menggunakan sardin dari Agromas.
Kedua, cara untuk buat tepung salutan menggunakan resepi special turun temuran yang rangup sangat hasilnya, tak perlu guna air kapur pon.
Produk Sardin Agromas boleh didapati di pasaraya seperti Aeon, Giant, Lulu Hypermarket, Hero, rangkaian pasaraya Agrobazaar dan juga di Agrobazaar Online dan Shopee.
https://www.agrobazaar.com.my/
Dikongsi oleh
Che Nom
Diterbitkan pada 4 Julai 202327.6K paparan
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
- 2 sb minyak masak
- 1 biji bawang merah besar
- 2 sb cili kisar
- 1 sb sos tiram
- 1 tin besar /425g ikan sardin
- 2 cili merah besar
- 1 sk gula
- Jus limau atau air asam jawa
- 3 sb mayonis
- 16 keping roti putih
- Majerin
- 3 senduk tepung beras
- 2 senduk tepung ubi
- 2 senduk tepung gandum
- 1 senduk tepung jagung
- 1 sk garam
- 1/2 sk serbuk kunyit
- Air secukupnya
- 1 sk gula
- 1 sk gula
Cara Memasak
- 1Potong dadu bawang merah besar.
- 2Cili merah buang biji dan potong kasar (kalau suka pedas boleh ganti dengan cili padi).
- 3Untuk balance kan rasa dan hilangkan hanyir, boleh perah jus limau kasturi atau air asam jawa.
- 4Keluarkan sardin dari tin kemudian asingkan kuah dan ikan.
- 5Tulang sardin Che Nom buang, kalau anda jenis tak kesah tak perlu buang.
- 6Panaskan minyak dan tumis bawang merah (tumis 1 sudu besar sahaja bawang merah, baki Che Nom masuk kemudian).
- 7Bila bawang dah layu, masukkan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
- 8Tambah sikit sos tiram.
- 9Masukkan semua isi ikan sardin. Sambil masak tekan-tekan isi ikan sardin bagi hancur.
- 10Tambah kuah sardin sikit-sikit dan masak sampai jadi tersejat dan pekat.
- 11Masuk hirisan cili merah, gula, dan air asam jawa atau jus limau.
- 12Bila dah agak kering, masukkan baki bawang besar tadi. Kita tambah bawang akhir sekali sebab kita nak texture rangup-rangup bila kita makan nanti.
- 13Bila bawang dah layu, tutup api dan sejukkan.
- 14Bila inti dah sejuk, masukkan mayonis dan kacau sebati.
- 1Trim tepi roti (pilihan, boleh je kalau tak nak trim)
- 2Sapu roti dengan majerin nipis-nipis (nak guna butter pon boleh).
- 3Sapu inti sardin, nak banyak ke sikit ke boleh adjust.
- 4Lepas tutup, kita potong segi tiga.
- 5Tutup dulu dengan bekas atau kain untuk elak kering sementara kita sediakan tepung salutan.
- 1Bila roti dah perang dan rangup boleh angkat dan toskan minyak.
- 2Sukat 3 senduk tepung beras, 2 senduk tepung ubi, 2 senduk tepung gandum dan 1 senduk tepung jagung.
- 3Masukkan garam, serbuk kunyit, air dan gula.
- 4Kacau sebati.
- 5Panaskan minyak yang agak banyak.
- 6Celup roti dalam adunan tepung dan goreng biar sekata (takut inti terkeluar nanti).
- 7Goreng dengan api sederhana biar perlahan-lahan goreng, barulah garing tahan lama.
Petua & Panduan
- •Che Nom letak kuah sardin dalam ¾ dari baki kuah tadi, nak letak semua pon boleh.
- •Untuk inti sardin Che Nom memang tak letak dah garam. Sardin dari Agromas ni dia tak rasa masin sangat, jadi bila kita masak sampai pekat kering, inti rasa elok-elok je.
- •Untuk resepi ni Che Nom dapat dari viewer, resepi arwah bonda beliau. Tepung sukat guna nisbah 3:2:2:1. Che Nom sukat dengan senduk jadi sukat dengan senduk yang sama semuanya, kalau guna cawan, guna cawan yang sama semuanya.
- •Pastikan adunan sederhana cair, jangan pekat sangat takut nanti roti jadi keras bila sejuk, cair sangat pun tak boleh takut melekat pulak nanti.
- •Jangan goreng roti banyak-banyak pada satu-satu masa takut suhu minyak jatuh, roti goreng akan serap minyak dan tak garing la.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Spaghetti Aglio Olio: Teknik Penting Supaya Tak Lembik & Tak Hangit
31 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Jangan Pandang Remeh! 3 Kesilapan Teknikal Yang Rosakkan Rupa Kuih Lapis
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Sains 3 Jenis Tepung: Kenapa Kuih Lapis Che Nom Boleh ‘Gedik’ & Boleh Ditarik
30 Disember 2025

Tip & Teknik Memasak
Rahsia Santan Kotak: Cara Elak Kuih Lapis Jadi 'Berlubang' & Kasar
30 Disember 2025

Budaya Makanan & Kembara
Dulu Nak Jadi Pramugari, Tapi Mak Kata Tak Ada Gaya Lembut
30 Disember 2025
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Baru
Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Baru
Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
16 Disember 2025

Ayam Sambal Berlada
16 Disember 2025

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
16 Disember 2025





