Resepi Puding Roti
Puding roti pencuci mulut yang lembut dan berkrim, sesuai guna roti lebihan. Mudah disediakan dan sedap dinikmati sejuk atau suam.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- Bahan untuk di kisar
- 4 keping roti*
- 2 biji telur ayam *
- 1 tin susu cair (400ml)*
- 1 sudu teh asen vanilla*
- Bahan-bahan lain
- 10 gm serbuk agar-agar
- 1 cawan gula pasir
- 3 cawan air
- 2 sudu besar majerin
- 3 jenis pewarna kesukaan
Cara Buat Puding Roti
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur. dah larut masukkan gula.
- 2Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.
- 3Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
- 4Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
- 5Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
- 6Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
- 7Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
- 8Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 6 biji
- Kalori
- 335 kcal
- Protein
- 8.5 g
- Karbohidrat
- 49.5 g
- Lemak
- 11 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 40 g
- Natrium:
- 230 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- 1 tin susu cair 400 ml dikira jenis evaporated dan menyumbang kebanyakan protein dan lemak.
- 1 cawan gula pasir (200 g) menjadikan kandungan gula tinggi setiap hidangan.
- 4 keping roti dikira 28 g sekeping.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 sudu teh asen vanilla* bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 5g (cawan US 240ml).
- 10 gm serbuk agar-agar bersamaan berapa sudu besar?
- ± 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi
Puding Roti
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu











