Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Pucuk paku masak lemak cili api memang lauk kegemaran Che Nom, ringkas tapi padu. Guna cili kampung dan kunyit segar, kuah lemak pedasnya naik aroma dan sedap bertambah.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ikat sayur pucuk paku
- 1 mangkuk besar santan pekat
- 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
- 4 ulas bawang merah
- 5 biji cili padi
- 1 ketul kecil kunyit hidup
- garam secukup rasa
Cara Buat Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
- 2Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
- 3Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar.
- 4Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
- 5Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 200 kcal
- Protein
- 8 g
- Karbohidrat
- 6 g
- Lemak
- 16.5 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 900 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 1 ikat pucuk paku dianggar 250 g; 1 mangkuk besar santan pekat dianggar 300 ml.
- Ikan bilis 1/2 mangkuk kecil dianggar 30 g kering.
- Garam 'secukup rasa' dianggar 1 sudu kecil.
- Resepi tidak nyatakan bilangan hidangan; dianggar 4.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.
Video
Pengenalan
Sayur pucuk paku masak lemak cili api sememangnya hidangan kegemaran keluarga Che Nom dan tak pernah jemu dimakan. Kalau nak beli sayur pucuk paku, pastikan daunnya masih segar dan tidak layu. Jika daunnya sudah bertukar warna gelap di hujung, maknanya daun sudah lama dipetik dan tidak segar lagi.
Masak lemak cili api ni seperti yang ramai sedia maklum berasal dari Negeri Sembilan. Lagi sedap kalau kita gunakan jenis cili kampung dan kunyit segar. Rasanya dan aromanya pasti memikat selera. Jom masak :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









