ResepiCheNom
Portuguese Egg Tart

Resepi Portuguese Egg Tart

Prep 30 minMasak 20 minJumlah 50 minHidangan 12 biji

Portuguese Egg Tart guna puff pastry siap, senang dan cepat. Inti kastard lemak manis, memang ngam untuk minum petang atau jamuan.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Pastry

  • 1 gulung puff pastry1 gulung puff pastry

Bahan Untuk Sos Kastard

  • 3 sudu besar tepung jagung3 sudu besar tepung jagung22g
  • 1 3/4 cawan susu1 3/4 cawan susu
  • 1 cawan gula kastor1 cawan gula kastor200g
  • 1 batang kulit kayu manis1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila1/2 sudu teh esen vanila3g
  • 6 biji telur kuning, dari telur saiz A6 biji telur kuning, dari telur saiz A

Cara Buat Portuguese Egg Tart

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Sos Kastard

  1. 1
    Masukkan telur kuning, tepung dan gula di dalam mangkuk. Kacau dengan whisk sehingga sebati.
  2. 2
    Dalam periuk berasingan, panaskan susu dan kulit kayu manis sehingga panas tetapi tidak mendidih. Keluarkan kayu manis dan tuangkan susu dalam mangkuk yang berisi adunan telur tadi dan teruskan kacau dengan whisk.
  3. 3
    Masukkan kembali adunan ke dalam periuk. Masukkan esen vanila kemudian masak dengan api yang kecil sehingga pekat. Angkan dan sejukkan di dalam mangkuk. Lekapkan permukaan sos kastard dengan plastic wrap supaya permukaan sos kastard tidak mengeras. Letak di dalam peti ais supaya sos kastard sejuk.

Untuk Pastry

  1. 1
    Menggunakan ready made puff pastry yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik. Gulungkan puff pastry berukuran anggaran saiz kertas A4 seperti bentuk swissroll. Potong puff pastry kepada bentuk bulat anggran tebal 1.5 cm.
  2. 2
    Menggunakan roller, ratakan puff pastry tadi kepada bentuk bulat yg sesuai dimuatkan dia alam acuan pastry (dalam anggaran 2cm diameter).
  3. 3
    Isikan dengan sos kastard separuh penuh. Bakar pada suhu 160 celcius selama anggaran 20 minit atau sehingga puff pastry masak sempurna dan ada kesan 'burn mark' pada custard.
  4. 4
    Angkat dan sejukkan sebelum dihidang
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
3 sudu besar tepung jagung bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 22g (cawan US 240ml).
1 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 200g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Portuguese Egg Tart menggunakan 'ready made puff pastry'.

Sedap untuk minum petang atau dihidangkan di majlis keramaian.

Diterbitkan pada 19 Oktober 201616.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru