Resepi Omelette Berinti Daging
Omelette berinti daging yang lembut dan mengenyangkan, sesuai untuk sarapan pagi. Kaya protein, ringkas tapi sedap sampai licin pinggan.

Bahan-bahan
Cara Buat Omelette Berinti Daging
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering airnya.
- 2Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
- 3Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan telur tadi. Masak di atas api yang perlahan. Kacau dan balik-balikkan di tengah bahagian telur yang cair supaya masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah. Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 2 orang
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 21 g
- Karbohidrat
- 11.5 g
- Lemak
- 28.5 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 2 g
- Natrium:
- 570 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Minyak zaitun tidak disukat; dianggar 1½ sudu besar untuk menggoreng omelette dan inti.
- Keju (pilihan) dikira separuh sahaja, lebih kurang 20 g mozzarella.
- Daging kisar 1/3 cawan dianggar 75 g; garam 'sedikit' dikira ¼ sudu kecil setiap bahagian.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cara untuk mengalihkan telur supaya tidak terkoyak atau hancur ialah dengan menelangkupkan pinggan di permukaan kuali. Terbalikkan telur di dalam pinggan, kemudian dengan perlahan longsorkan kembali telur ke dalam kuali panas di sebelah permukaan yang satu lagi.
Pengenalan
Resepi Omelette yang sesuai disajikan untuk sarapan pagi.
Sarapan yang kaya dengan protein.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu









