
Lepat Pisang Istimewa
Resepi Lepat Pisang yang sangat istimewa kerana mengingatkan kepada masakan kuih bonda di kampung. Sangat sedap rasanya ditambah dengan rasa manis dari gula melaka yang cukup lengkap serba serbi rasanya. Untuk pisang Che Nom gunakan pisang awak, tapi boleh juga kalau gunakan pisang emas atau nak cuba pisang jenis lain pun boleh juga. Selepas kukus, lepat pisang akan berbau harum dari aroma daun pisang yang menambahkan lagi kesedapan lepat pisang ni. Untuk bancuhan adunan sangat mudah cuma agak remeh di bahagian daun pisang kerana haris dibersihkan dan layur di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 cawan pisang, yang sudah dilecek
- 1/4 cawan gula putih
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
- 1/4 cawan kelapa parut
- 1 sudu kecil garam
- 1Panaskan periuk kukus.
- 2Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
- 3Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
- 4Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
- 5Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
- 6Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
- 7Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
- •Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
Resipi Komuniti
Resipi istimewa yang dikongsi oleh komuniti kami
Kongsi Resipi Anda Sendiri!
Anda mempunyai resipi istimewa? Kongsi dengan komuniti kami dan dapatkan maklum balas daripada pencinta masakan lain!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Banana Cake Recipe
Banana Cake recipe is easy and delicious, Bananas are rich in potassium, very good for reducing high blood pressure and ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Apam Nasi Pandan
Apam Pandan Mekar yang lembut, gebu dan beraroma pandan. Resepi ini menggunakan nasi sejuk dan tidak memerlukan Eno. Tips untuk mendapatkan apam yang mekar turut dikongsikan.
Diterbitkan pada 8 Februari 2024

Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik
Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu ...
Diterbitkan pada 24 Oktober 2022

Kuih Lapis
Resepi Kuih Lapis ...
Diterbitkan pada 19 Jun 2014

Kuih Bakar Pandan Lembut dan Sedap
Che Nom nak share satu resepi yang mendapat permintaan ramai iaitu resepi kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja. Ka...
Diterbitkan pada 22 Februari 2020

Popia Goreng Bersira Pedas
Resepi Popia Goreng Bersira Pedas, ada yang panggil kuih ni popia goreng sambal ataupun popia goreng bercili. Kuih ni me...
Diterbitkan pada 12 Mei 2019
Resepi Terbaru

Sup Ayam Beraroma Istimewa
Sup ayam ringkas dan beraroma dengan tumis darat.

Tempe Goreng Rangup
Tempe goreng nipis, rangup dan berempah.

Kacang Buncis Goreng Tempe
Kacang buncis rangup bersama tempe goreng, mudah dan sedap.

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!