Laksa Penang Pekat dan Sedap

Laksa Penang Pekat dan Sedap

Che Nom nak share resepi Laksa Penang yang dirujuk dari resepi anak jati Penang iaitu Datuk Rizalman. Laksa Penang ni memang sedap kerana dihidangkan bersama kuah yang pekat, masam, pedas, dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Pengunaan ikan yang fresh juga sangat mempengaruhi kesedapan Laksa Penang.

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 15 November 201920421 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 1 kg ikan kembung
  • 5 keping asam keping
  • air secukupnya

  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • cili padi, buang tangkai
  • 25 biji cili kering, buang biji dan rebus

  • isi ikan kembung
  • air rebusan ikan kembung
  • asam keping dari rebusan ikan

  • isi ikan sardin tin, dari 1 tin kecil
  • sedikit air

  • tulang ikan kembung
  • sedikit air

  • 1/2 biji nenas
  • sedikit air

  • 1/2 liter air
  • bahan-bahan kisar A,B,C,D,E (seperti di atas)
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 1-2 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • seketul belacan bakar, agak-agak sebesar ibu jari
  • 2 sudu besar petis
  • garam secukup rasa
  • 1 ketul kecil gula melaka, secukup rasa

  • 1 pek laksa kering
  • air secukupnya

  • daun salad
  • daun selom
  • timun
  • bawang besar
  • cili padi
  • cili merah
  • limau nipis
  • nenas
  • telur rebus
Cara Memasak

  1. 1
    Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan
  2. 2
    Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.
  3. 3
    Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D,E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.
  4. 4
    Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
  5. 5
    Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D,E.
  6. 6
    Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.

  1. 1
    Rendam laksa dalam air sehingga lembut.
  2. 2
    Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis.

  1. 1
    Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas.
  2. 2
    Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.
  3. 3
    Potong limau nipis.
  4. 4
    Laksa sedia untuk dihidangkan.
Petua & Panduan
  • Kalau nak guna ikan selayang segar, atau ikan parang sebagai ganti pun boleh.
  • Jangan letak gula banyak sangat sebab kita tak nak kuah laksa yg manis. Cukup sekadar imbangkan rasa kuah.
  • Che Nom bilas sikit laksa yang sudah direbus denga air sejuk supaya hilang kanji laksa dan tidak lembik bila dihidangkan.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan