Resepi Kuih Kaswi
Kuih Kaswi mudah guna sukatan cawan, gula merah dan gula putih dimasak dengan daun pandan bagi lebih wangi. Tekstur lembut bergoyang, tak keras, memang sedap.

Bahan-bahan
Cara Buat Kuih Kaswi
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis.
- 2Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati.
- 3Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit.
- 4Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong.
- 5Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 12 biji
- Kalori
- 320 kcal
- Protein
- 3 g
- Karbohidrat
- 61.5 g
- Lemak
- 7 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 33 g
- Natrium:
- 100 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 12 keping seperti dinyatakan; adunan ~1.5 kg jadi setiap keping agak besar (~125 g).
- 400 g gula (merah + putih) menyumbang lebih separuh kalori.
- 1 biji kelapa parut dianggar 250 g untuk salutan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cawan gula merah bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 220g (cawan US 240ml).
- 1 cawan gula putih bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 200g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke dalam kuih.
- Boleh juga gantikan gula merah dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggarannya adalah sebanyak satu cawan.
Video
Pengenalan
Resepi Kuih Kaswi yang cukup mudah kerana sukatannya hanya menggunakan cawan. Che Nom masak dahulu gula merah dan gula putih bersama daun pandan supaya kuih yang terhasil nanti akan lebih wangi dan sedap rasanya.
Tekstur kuih kaswi ini tak terlalu keras dan masih bergoyang, menandakan kuih kaswi lembut sedang elok sahaja.Sila rujuk bahagian TIPS untuk penyediaan kuih kaswi.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer









