ResepiCheNom
Keria Gula Melaka

Resepi Keria Gula Melaka

Prep 50 minMasak 30 minJumlah 1 jam 20 minHidangan 25 biji

Jom buat keria gula Melaka guna keledek oren, lembut di dalam dan kembung cantik tanpa penaik. Paling best bila disalut gula pekat berkilat, memang sedap!

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Keria

  • 1 kilo keledek oren1 kilo keledek oren
  • Air secukupnyaAir secukupnya
  • 1 sb garam1 sb garam18g
  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g

Bahan Untuk Salutan Gula

  • 1 cawan air1 cawan air240g
  • 250g gula melaka± 1 ¼ cawan± 1 cawan + 3 sudu besar(250g gula melaka)
  • 4 sb atau 1/2 cawan gula putih4 sb atau 1/2 cawan gula putih50g
  • 1 sb gula batu (pilihan)1 sb gula batu (pilihan)13g
  • 1 sb minyak masak1 sb minyak masak14g

Cara Buat Keria Gula Melaka

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Keria

  1. 1
    Kupas kulit keledek, korek buang kalau ada bintik-bintik hitam.
  2. 2
    Basuh bersih dan potong saiz sederhana sama besar (jangan terlalu besar takut lambat masak tapi jangan terlalu kecil takut terlajak lembut).
  3. 3
    Masukkan keledek dalam periuk dan tuang masuk air sampai keledek tenggelam. Masukkan garam dan rebus sampai empuk.
  4. 4
    Bila keledek dah masak, keluarkan keledek dan tapis kering.
  5. 5
    Pindah masuk keledek dalam mangkuk dan masa panas-panas lagi, lenyek keledek sampai lumat halus.
  6. 6
    Bila dah hancur lumat, biarkan keledek sejuk (kalau gaul panas-panas takut keledek lembik dan kena tambah banyak tepung nanti keria jadi tak sedap).
  7. 7
    Gris loyang dengan minyak. Dan juga bancuh sedikit minyak dengan sedikit air (untuk gris tangan masa membentuk keria).
  8. 8
    Bila keledek dah sejuk, masukkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sehingga menjadi doh.
  9. 9
    Rehatkan doh anggaran masa 5-19 minit.

Untuk Bentukkan Keria

  1. 1
    Salut tangan dengan bancuhan minyak tadi.
  2. 2
    Bulatkan doh menjadi bentuk bebola (kalau tak boleh agak, boleh timbang 40g untuk 1 keria).
  3. 3
    Celup jari (jari telunjuk) dalam air minyak dan tekan buat lubang ditengah, depan dan belakang. Bentukkan sampai habis.

Untuk Goreng Keria

  1. 1
    Panaskan minyak (api sederhana kuat) dan goreng keria.
  2. 2
    Bila dah masak 3-4 minit, tolak (pisahkan keria dari kuali) dan alih-alihkan keria.
  3. 3
    Perlahankan sikit api dan goreng sampai keria masak dalam (keria akan terapung).
  4. 4
    Bila keria hanpir perang kuatkan sikit api dan goreng sikit lagi sampai keria perang sekata.
  5. 5
    Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.

Untuk Salutan Gula

  1. 1
    Masukkan air, gula putih dan gula melaka.
  2. 2
    Kacau sampai gula cair. Boleh tambah gula batu, salutan gula nanti akan keras elok kalau tambah.
  3. 3
    Masukkan minyak masak, supaya salutan gula lebih berkilat.
  4. 4
    Kacau sampai gula pekat.
  5. 5
    Masukkan keria goreng perlahankan api.
  6. 6
    Kacau keria sampai bersalut gula sebati dan kering.
  7. 7
    Cepat angkat dan leraikan keria bila gula dah hampir keras.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 sb garam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 18g (cawan US 240ml).
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk resepi keria kali ni Che Nom guna keledek oren, tapi selalu peniaga akan guna keledek putih. Boleh guna keledek oren tapi harganya lebih mahal.
  • Selepas lenyek, biarkan keledek sejuk. Kalau gaul panas-panas takut keledek lembik dan kena tambah banyak tepung, nanti keria jadi tak sedap.
  • Untuk senang bentuk keria dan doh tak melekat pada tangan, bancuh sedikit minyak dengan sedikit air dalam mangkuk kecil (tak perlu banyak).
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Sebelum angkat keria (masa goreng) kuatkan api dan kerap kacau, hasilnya kuih akan kurang serap minyak. Kena pandai main api untuk dapat keria yang rangup dan bulat elok.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom cuba masak makanan famous dari negeri Melaka, iaitu keria gula melaka. Resepi asal diambil dari perkongsian Youtube Cik CT Norain. Memang teliti betul diajar dalam tu, siap resepi meniaga lagi. Terus jadi faham nak buat. Che Nom guna keledek oren, sebab senang nak dapat. Kita kena kupas, rebus smpai lembut dan lenyek halus. Kemudian gaul dengan tepung.

Ada bnyk tips dalam video ni dari nak bentuk dan goreng pun kena ada teknik nya. Kalau kita ikut InsyaAllah menjadi bulat kembung elok tak perlu pakai penaik pun. Bagi Che Nom part yang paling mencabar ialah, salutan gula. Ada juga diselitkan sedikit penerangan tentang jenis gula yang boleh kita gunakan. Memang sedap resepi ni.

Diterbitkan pada 22 November 202221.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru