Kek Red Velvet Cheese Chocotop Leleh

Kali ni Che Nom nak kongsi resepi kek yang tengah viral guna satu jenis acuan yang laku keras kalau buat berniaga iaitu Kek Red Velvet Cheese Chocotop Leleh, ha gitew namanya. Kek Red Velvet ni sangat lembut dan gebu, makan gitu je pon sedap, apatah lagi kalau kita makan dengan lapisan cream cheese dan juga lapisan coklat ganache.

Ada 3 bahagian dalam resepi ni, pertama kita sediakan kek span perasa red velvet dengan kaedah kukus. Kedua, adunan cheese leleh, Che Nom gunakan Anchor Cream Cheese, 100% dairy product dari New Zealand, sebab tu sedap. Cream cheese ni sangat stabil bila bakar, kalau untuk resepi sejuk pon terbaik tau. Dan ketiga, kita sediakan coklat ganache silky smooth dgn cara yang cukup mudah, cukup menarik bila kita gabungkan kesemuanya, rasa premium rupa pun comel sangat.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kek red velvet:
    • 2 cwn tepung naik sendiri
    • 1 sk serbuk penaik
    • 2 sb serbuk koko
    • 1/8 sk garam
    • 1 sb ovalette
    • 3 biji telur
    • Acuan 5 inci
    • 1 cwn gula kastor
    • 1/2 cwn susu pekat
    • 1 sk esen vanila
    • 1 cwn minyak sayuran
  • Bahan-bahan buttermilk:
    • 1 cwn susu full cream atau fresh milk
    • 1 sb jus lemon
    • 1 1/2 sb red velvet emulco
    • 1-2 sk pewarna merah
  • Bahan-bahan adunan cream cheese:
    • 500g cream cheese Anchor
    • 1/2 cwn + 1 sb susu full cream
    • 1/2 cwn susu pekat
    • 1 sb jus lemon
    • 3/4 cup whipping cream Anchor
  • Bahan-bahan coklat ganache:
    • 250g dark chocolate compound
    • 1 sb mentega
    • 150ml whipping cream Anchor

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara buttermilk:
    1. Perah lemon dan masuk 1 sb jus lemon dalam susu full cream dan biarkan 5 minit.
    2. Tambah red velvet emulco dan kacau sebati.
  2. Cara-cara kek red velvet:
    1. Ayak tepung naik sendiri, baking powder, serbuk koko dan garam.
    2. Putar telur, ovalette dan gula kastor sampai putih dan kembang 3x ganda.
    3. Masukkan susu pekat, buttermilk, esen vanilla dan pewarna merah. Kacau sampai sebati.
    4. Berhenti sekejap dan kaup balik bahagian bawah.
    5. Masukkan adunan kering sedikit demi sedikit (speed perlahan).
    6. Akhir sekali masukkan minyak sayuran.
    7. Bila dah masuk tepung jangan kacau lama sangat, cukup sekadar sebati.
    8. Gris acuan dengan minyak dan masuk adunan kedalam acuan.
    9. Kukus selama 25 minit.
    10. Bila dah masak boleh sejukkan dulu kek.
  3. Cara-cara lapisan cream cheese:
    1. Potong kiub kecil cream cheese dan biarkan lembut sekejap.
    2. Putar cream cheese dengan susu full cream, susu pekat dan jus lemon sampai sebati.
    3. Masukkan whipping cream (pastikan whipping cream masih sejuk).
    4. Putar sampai adunan jadi pekat leleh.
    5. Tapis adunan cream cheese untuk lebih smooth (pilihan)
  4. Cara-cara coklat ganache:
    1. Cairkan dark chocolate compound, butter dan whipping cream dalam microwave 30 saat atau sampai semua cair. Boleh jugak kalau nak guna teknik double boil.
    2. Keluarkan kek dari acuan dan hias dengan cream cheese, coklat ganache dan tabur sprinkle.

Tip:

  • Cara nak sukat tepung guna cawan, kita gembur-gembur dulu biar tepung tu tak padat baru sukat dan ratakan. Nak lebih tepat sukat guna gram.
  • Kalau nak guna tepung gandum pon boleh tapi kena lebihkan baking powder dan baking soda.
  • Balut penutup pengukus kalau nak elak wap api jatuh atas kek.
  • Jangan lepas masuk whip cream dalam adunan cream cheese, jangan mix lama sangat, takut nanti adunan jagi pecah berair.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.