Kek Pandan Gula Melaka
Kek Pandan Gula Melaka dengan Swiss Meringue Buttercream. Gabungan yang perfect sangat dan resepi kali ini dengan rendah dirinya Che nom cuba tunjuk dengan details sebaik mungkin dengan knowledge Che Nom yang tak seberapa ini, supaya anda dapat hasikan kek Pandan Gula Melaka ini dengan success. Texture kek ini sangat lembut dengan rasa jus pandan sebenar, digabung pulak dengan sos/sirap gula melaka yang sedap sangat rasanya, ala-ala butterscotch sauce tapi kita buat versi gula melaka.NOTALoyang : 9x9inci atau 8x8 inciSuhu : Oven Che Nom suhu 160C, boleh adjust ke 170C atau 180C ikut oven masing-masing
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Video ini terkunci. Sila langgan untuk akses.
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 250g salted butter
- 160g gula kastor
- 4 biji telur saiz A
- 1 sudu kecil esen vanila
- 300g tepung naik sendiri/self raising flour
- 75g santan kotak
- 100ml jus pandan
- ½ - 1 sudu kecil pandan emulco
- beberapa titik pewarna hijau
- ¼ cawan air
- 100g gula melaka
- ¼ cawan santan
- ¼ sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
- ½ sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
- 4 biji telur putih (telur saiz A)
- 120g gula kastor
- 370g salted butter
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2-3 sudu besar sos/sirap gula melaka
- 1Kisar halus daun pandan bersama air, lalu tapis.
- 2Ayak tepung naik sendiri.
- 3Didalam bekas lain untuk adunan basah, masukkan santan, air pandan, pandan emulco dan beberapa titik pewarna hijau lalu gaul kesemuanya.
- 4Putar mentega bersama gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang putih dan menjadi kuning pucat.
- 5Sambung putar dengan memasukkan telur kedalam adunan sebiji demi sebiji, esen vanilla serta tepung naik sendiri berselang-seli dengan adunan basah.
- 6Sesudah adunan menjadi sebati, masukkan kedalam loyang yang sudah di griskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas baking.
- 7Ratakan adunan kek didalam loyang.
- 8Bakar pada suhu 160, selama 25-30 minit
- 9Selepas sudah masak, sejukkan kek seketika.
- 1Panaskan air lalu masak gula melaka dan daun pandan sehingga gula larut.
- 2Masukkan santan kotak, bancuhan tepung jagung, dan sedikit garam lalu gaul sehingga kesemua bahan larut sekata.
- 3Tapis bahan.
- 4Cara-cara untuk Swiss Meringue Buttercream
- 5Asingkan putih telur.
- 6Panaskan telur putih dan gula kastor dengan kaedah double boil sambil kacau sehingga gula cair.
- 7Tuangkan adunan telur putih dan gula kastor kedalam mangkuk pengadun lalu putar sehingga adunan kental dan suhu panas adunan turun pada suhu bilik dengan putaran kelajuan sederhana tinggi.
- 8Sesudah menjadi kental, masukkan mentega bergaram sejuk sedikit demi sedikit dan sambung putar.
- 9Masukkan esen vanilla dan sirap gula melaka.
- 10Apabila tekstur sudah licin, sejukkan adunan kedalam peti sejuk.
- 11Bahagikan buttercream kepada tiga, bahagian iaitu dua bahagian untuk hiasan lapisan atas, bawah dan tepi manakala satu bahagian lagi untuk bahagian hiasan bunga (jika mahu).
- 1Potong kek pandan kepada dua bahagian lapisan kek dan asingkan.
- 2Pada bahagian bawah kek, drizzle kan sedikit dengan gula melaka dan sapu ratakan pada permukaan kek.
- 3pipe atau sapu sekata buttercream diatas permukaan lapisan kek.
- 4Kemudian, letak lapisan kedua pula dan ulang pipe atau sapu buttercream. Kemaskan buttercream pada kek dan ratakan.
- 5Potong kek dan pipe kan baki buttercream sebagai hiasan diatas kek lalu drizzle dengan sirap gula melaka di setiap potongan kek.
- 6Sejukkan sekejap kek pandan didalam peti sejuk dan hias dengan hirisan daun pandan atau taburan kelapa kering,
- 7Kemudian, kek pandan gula melaka dengan swiss meringue buttercream siap dan boleh dihidang.
- •Masukkan bahan-bahan ketika putar adunan sedikit demi sedikit bagi memudahkan adunan mudah sebati.
- •Hentak untuk keluarkan gelembung udara selepas menuang dan ratakan adunan kek kedalam loyang untuk keluarkan gelembung.
- •Suhu bakar adalah bergantung kepada ketuhar masing-masing samada dinaikkan suhu atau dikurangkan suhu untuk membakar kek.
- •Periksa kek menggunakan lidi untuk memastikan samada sudah masak ataupun belum, jika dicucuk dan lidi nampak bersih bermakna kek sudah pun masak.
- •Panaskan bahan untuk adunan meringue sehingga 60 atau 70 ataupun cukup sekadar periksa yang adunan sudah panas dan gula didalamnya sudah larut.
- •Pastikan mentega bergaram untuk diputar kedalam meringue dalam keadaan yang sejuk dan meringue yang diputar sudah sejuk sebelum memasukkan mentega.
- •Jika meringue buttercream yang diputar masih cair, masukkan kedalam peti sejuk dalam anggaran masa 10-15 minit dan kemudian putarkannya semula sehingga dapat tekstur yang pekat dan licin.
- •Jika kek pandan tidak sekata, boleh potong atau trim supaya kelihatan lebih cantik.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Kek Majerin](/images/recipes/Kek_Majerin.jpg)
Kek Majerin
Kek majerin ala-ala pound cake sangat lembut dan halus gebu. Tanpa ovallette dan tepung kek. Sedap kalau buat makan petang atau yang cari idea untuk meniaga.
![Kek Batik Milo](/images/recipes/Kek_Batik_Milo.jpg)
Kek Batik Milo
Jom ikut Che Nom buat kek batik Milo terpaling sempoi. Dengan hanya menggunakan 4 bahan sahaja kita akan dapat hasilkan ...
![Kek Gula Hangus Kukus](/images/recipes/Kek_Gula_Hangus_Kukus.jpg)
Kek Gula Hangus Kukus
Kali ni jom kita tengok cara buat kek gula hangus atau nama lain yang selalu orang panggil, kek sarang semut sebabnya te...
![Kek Gula Hangus](/images/recipes/Kek_Gula_Hangus.jpg)
Kek Gula Hangus
Kek gula hangus atau kek sarang semut ni memang kek kegemaran sepanjang zaman. Texture nya yang lembut, manis wangi berkaramel, berongga dan sedikit garing di luar memang sedap makan sambil minum dengan teh O.
![Kek Pandan Gula Melaka](/images/recipes/Kek_Pandan_Gula_Melaka.jpg)
Kek Pandan Gula Melaka
Kek Pandan Gula Melaka versi kukus yang moist dan lembut. Dihias pulak dengan toping lemak berkrim dan sirap gula melaka yang manis dan berlemak wangi. Sesuai dimakan sejuk-sejuk sambil minum kopi.
Mango Cheesecake Creamy
Hi semua, jom kita buat manggo cheesecake. Sebab banyak mangga yang dijual sekarang, Che Nom pun teringin nak makan…dah ...