Kek Marble Jelita
Hi Semua, kek marble jelita yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini memang Che Nom agak lambat share resepi ini dengan anda semua. Sebabnya Che Nom ambil masa yang lama untuk test kek ini, dan banyak sesi kegagalan yang tejadi dan setiap kali bakar tu Che Nom belajar sesuatu, catit nota dan benda-benda penting untuk di kongsikan dengan anda semua. Nampak mudah, bahan-bahan pun simple, resepi pun lebih kurang saja. Cuma yang membezakan kek marble yang jelita ini adalah teknik dan tips sepanjang kita hasilkan kek marble jelita ini.LOYANG : 8 inci x 8inci

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 5 biji telur
- 220g tepung naik sendiri
- 170g gula kastor
- 60ml susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar ovalette
- 150g mentega (salted)
- **Kalau guna mentega unslated, tambah 1/4 sudu kecil garam dan ayak bersama tepung.
- 1Gris loyang dengan mentega dan lapik kertas baking.
- 2Ayak tepung naik sendiri.
- 3Cairkan mentega.
- 4Masukkan telur, gula kastor, tepung naik sendiri yang diayak, susu full cream, esen vanilla dan ovalette didalam bekas pengadun lalu putar dengan kelajuan rendah.
- 5Kemudian, sambung kepada kelajuan sederhana dalam anggaran selama 10-12 minit sehingga kembang, pekat dan adunan menjadi putih.
- 6Tukar kepada kelajuan rendah semula, lalu masukkan mentega cair sedikit demi sedikit. Putar sehingga 2-3 minit sehingga mentega menjadi sebati dalam adunan.
- 7Sesudah itu, bahagikan adunan kepada tiga bekas kecil sebagai hiasan dan simpan juga adunan untuk kek nanti. Tiga adunan dimasukkan berlainan pewarna makanan iaitu merah, merah pudar dan hijau.
- 8Masukkan adunan yang sudah dicampur pewarna kedalam piping bag.
- 9Masukkan adunan yang disimpan kedalam loyang.
- 10Hiaskan dengan tiga adunan berwarna mengikut corak dan kreativiti sendiri.
- 11Bakar adunan pada suhu 150C selama 10 minit pertama. Kemudian, sambung pada suhu 140C selama 60 minit. Tutup dengan aluminium foil selepas minit yang kedua atau apabila permukaan kek mula menjadi perang.
- 12Selepas siap bakar, keluarkan kek daripada loyang yang masih panas dengan terbalikkannya diatas redai besi dan biarkan sekejap beberapa minit.
- 13Terbalikkan semula kepada permukaan kek dan potong atau trim bahagian tepi kek supaya kelihatan kemas.
- 14Hias kek dengan manik atau mengikut kesukaan sendiri dan kek marble jelita sudah siap.
- •Pastikan adunan kek betul-betul diputar sebaiknya dan kembang elok bagi mengelakkan kek marble tidak gebu.serta tidak menjadi.
- •Pewarna kek adalah mengikut kreativiti sendiri jika mahu menggunakan warna yang lain.
- •Panaskan dulu ketuhar 15 minit sebelum membakar adunan kek.
- •Setiap 10 minit ketika membakar kek, alih atau pusingkan loyang dalam ketuhar supaya pembakaran menjadi sekata.
- •Jika mahu hias kek, pastikan kek sejuk terlebih dahulu kerana takut hiasan diatas kek menjadi cair akibat kek yang panas,
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Tolong kira untuk separuh adunan dan beri cadangan saiz loyang
UmumTentu, untuk separuh adunan Kek Marble Jelita, anda boleh gunakan sukatan bahan-bahan berikut:
- Telur: 2-3 biji (bergantung pada saiz)
- Tepung naik sendiri: 110g
- Gula kastor: 85g
- Susu full cream: 30ml
- Esen vanila: 1/2 sudu kecil
- Ovalette: 1/2 sudu besar (atau 1 sudu kecil)
- Mentega (salted): 75g (Jika guna mentega unsalted, tambah secubit garam, kira-kira 1/8 sudu kecil, dan ayak bersama tepung)
Resipi tidak menyatakan saiz loyang, tetapi untuk separuh adunan, loyang bersaiz 6-7 inci adalah sesuai. Pastikan gris loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas baking sebelum memasukkan adunan.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Victoria Sandwich Cake
Resepi Victoria Sandwich Cake, kek klasik dari British yang menggunakan resepi dari juri rancangan The Great British Bak...
Diterbitkan pada 25 Januari 2018

Banana Cake Recipe
Banana Cake recipe is easy and delicious, Bananas are rich in potassium, very good for reducing high blood pressure and ...
Diterbitkan pada 13 Julai 2014

Kek Tapak Kuda
Cara membuat Kek Tapak Kuda yang tengah viral. Kek ini sangat halus, lembut, gebu dan premium. Diadun menggunakan kaedah all in one method dan ovalette, kek ini mudah digulung, tidak merekah dan sesuai untuk hidangan raya.
Diterbitkan pada 27 Februari 2024
Mango Cheesecake Creamy
Hi semua, jom kita buat manggo cheesecake. Sebab banyak mangga yang dijual sekarang, Che Nom pun teringin nak makan…dah ...
Diterbitkan pada 22 Jun 2020

Kek Puding Karamel Pelangi Member
Kek puding karamel berkrim dengan lapisan pelangi lembut, sedap sangat tau!
Diterbitkan pada 8 Mac 2025

Kek Bundt Oren Lembap
Resepi Kek Bundt Oren Lembap, yang memang sangat special dan sedap. Che Nom memang menyukai kek yang sebegini dan kek in...
Diterbitkan pada 19 Disember 2016
Resepi Terbaru

Ayam Panggang Style Che Nom
Ayam panggang berempah, lembut dan kulit rangup dengan sentuhan rempah Che Nom.

Set Ayam Gepuk dengan Sambal Gesek Istimewa
Set Ayam Gepuk lengkap dengan sambal gesek pedas berlemak.

Biskut Cornflakes Madu
Biskut raya ringkas dengan kombinasi cornflakes rangup dan madu. Sungguh sedap dan mudah disediakan!

Buah Melaka Cair di Mulut, Manis di Hati!
Buah melaka lemak manis, gebu di luar dan cair di dalam!

Resepi Kuih Lopes Buat Berbuka
Kuih Lopes pulut kukus dengan kelapa parut dan sirap gula Melaka, memang ngam untuk berbuka puasa!

Sandwich Telur Versi Scrambled Egg
Sandwich telur dengan scrambled egg yang lembut dan berkrim, sesuai dihidang bila-bila masa.