
Resepi Kek Marble Jelita
Kek Marble Jelita ni nampak simple tapi hasilnya memang cantik dan gebu. Che Nom kongsikan teknik dan tips penting supaya corak marble jadi jelita setiap kali.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 5 biji telur
- 220g tepung naik sendiri
- 170g gula kastor
- 60ml susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar ovalette
- 150g mentega (salted)
- **Kalau guna mentega unslated, tambah 1/4 sudu kecil garam dan ayak bersama tepung.
Cara Buat Kek Marble
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Kek Marble Jelita
- 1Gris loyang dengan mentega dan lapik kertas baking.
- 2Ayak tepung naik sendiri.
- 3Cairkan mentega.
- 4Masukkan telur, gula kastor, tepung naik sendiri yang diayak, susu full cream, esen vanilla dan ovalette didalam bekas pengadun lalu putar dengan kelajuan rendah.
- 5Kemudian, sambung kepada kelajuan sederhana dalam anggaran selama 10-12 minit sehingga kembang, pekat dan adunan menjadi putih.
- 6Tukar kepada kelajuan rendah semula, lalu masukkan mentega cair sedikit demi sedikit. Putar sehingga 2-3 minit sehingga mentega menjadi sebati dalam adunan.
- 7Sesudah itu, bahagikan adunan kepada tiga bekas kecil sebagai hiasan dan simpan juga adunan untuk kek nanti. Tiga adunan dimasukkan berlainan pewarna makanan iaitu merah, merah pudar dan hijau.
- 8Masukkan adunan yang sudah dicampur pewarna kedalam piping bag.
- 9Masukkan adunan yang disimpan kedalam loyang.
- 10Hiaskan dengan tiga adunan berwarna mengikut corak dan kreativiti sendiri.
- 11Bakar adunan pada suhu 150C selama 10 minit pertama. Kemudian, sambung pada suhu 140C selama 60 minit. Tutup dengan aluminium foil selepas minit yang kedua atau apabila permukaan kek mula menjadi perang.
- 12Selepas siap bakar, keluarkan kek daripada loyang yang masih panas dengan terbalikkannya diatas redai besi dan biarkan sekejap beberapa minit.
- 13Terbalikkan semula kepada permukaan kek dan potong atau trim bahagian tepi kek supaya kelihatan kemas.
- 14Hias kek dengan manik atau mengikut kesukaan sendiri dan kek marble jelita sudah siap.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 220g tepung naik sendiri bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ¾ cawan (cawan US 240ml).
- 170g gula kastor bersamaan berapa cawan?
- ± ¾ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Hi Semua, kek marble jelita yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini memang Che Nom agak lambat share resepi ini dengan anda semua.
Sebabnya Che Nom ambil masa yang lama untuk test kek ini, dan banyak sesi kegagalan yang tejadi dan setiap kali bakar tu Che Nom belajar sesuatu, catit nota dan benda-benda penting untuk di kongsikan dengan anda semua.
Nampak mudah, bahan-bahan pun simple, resepi pun lebih kurang saja. Cuma yang membezakan kek marble yang jelita ini adalah teknik dan tips sepanjang kita hasilkan kek marble jelita ini.LOYANG : 8 inci x 8inci
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Kek Butter Cheese Ala Mita

Resepi Victoria Sandwich Cake Premium

Resepi Kek Butter Premium & Klasik Che Nom

Resepi Kek Lapis Sarawak Original

Resepi Victoria Sandwich Cake: Lembut & Gebu

Resepi Victoria Sandwich Cake
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



