Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu
Ikan bawal digoreng garing dulu, lepas tu curah kuah taucu yang masin lemak dan wangi. Simple tapi padu, memang naik selera makan.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 ekor ikan bawal, saiz sederhana
- 2 inci halia, hiris halus memanjang
- 4 ulas bawang putih, hiris halus
- 3 biji bawang merah, hiris halus
- 3 sudu besar taucu
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- 1 biji bawang besar, potong bulat
- 4-5 biji cili padi, belah tengah
- daun bawang untuk hiasan
- sedikit minyak untuk menumis
Cara Buat Ikan Bawal Goreng Taucu
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Gaul ikan bawal bersama garam dan kunyit sehingga dan goreng di dalam minyak panas sehingga garing.
- 2Dalam kuali berasingan, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan taucu dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih. Tambahkan sedikit air supaya berkuah.
- 4Masukkan pula ikan bawal yang digorang tadi bersama bawang besar dan cili padi. Tambah gula dan garam secukup rasa. Tutup api apabila bawang sudah layu.
- 5Hidangkan ikan bawal bersama taburan daun bawang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 315 kcal
- Protein
- 21 g
- Karbohidrat
- 10.5 g
- Lemak
- 20 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 3.5 g
- Natrium:
- 830 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 2 ekor ikan bawal sederhana dianggar 350 g setiap ekor, 58% isi boleh dimakan.
- Ikan digoreng tanpa salutan; serapan minyak dikira 10% berat ikan.
- Minyak menumis 'sedikit' dianggar 2 sudu besar.
- 3 sudu besar taucu adalah punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Hati-hati jika hendak menambah garam kerana taucu sudah masin dan ikan bawal goreng juga rasanya masin kerana digaul dengan garam terlebih dahulu sebelum digoreng.
Video
Pengenalan
Resepi Ikan Bawal Goreng Taucu, masakan yang mudah dan sungguh menyelerakan buat penggemar ikan bawal. Caranya ialah dengan menggoreng ikan bawal sehingga garing terlebih dahulu dan masak kuah taucu berasingan. Kemudian satukan kuah masak taucu dan ikan bawal sebelum dihidangkan.
Bagi sesiapa yang tak tahu apakah itu taucu, ia adalah makanan yang berasal dari China dan sangat popular di kalangan masyarakat Indonesia. Taucu diperbuat daripada kacang soya yang diperap bersama garam dan bahan-bahan lain dalam tempoh masa tertentu (melalui proses fermentasi).
Taucu juga dipercayai dapat meningkatkan selera makan dan penambah rasa makanan. Rasanya masin dan lemak dari kacang soya memberikan keunikan rasa dalam makanan anda. Taucu boleh disimpan lama di dalam peti ais jika sudah dibuka. Simpan sahaja di dalam bekas kedap udara yang bersih.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









