ResepiCheNom
German Cookies

Resepi German Cookies

Prep 10 minMasak 20 minJumlah 30 minHidangan 40 biji

German Cookies atau biskut kentang ni gebu, rapuh dan cair di mulut, guna tepung kentang sebagai bahan utama. Guna mentega berkualiti memang naikkan rasa, bahan pun ringkas je.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 125g mentega± ½ cawan + 1 sudu besar± ½ cawan(125g mentega)
  • 125g tepung kentang± 1 cawan± ¾ cawan + 4 sudu besar(125g tepung kentang)
  • 80g tepung gandum atau tepung superfine± ⅔ cawan± ½ cawan + 2 sudu besar(80g tepung gandum atau tepung superfine)
  • 40g gula icing, ayak jika berketul± 3 sudu besar± 3 sudu besar(40g gula icing, ayak jika berketul)

Cara Buat German Cookies

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. 2
    Ayak tepung kentang dan tepung gandum. Ketepikan.
  3. 3
    Pukul mentega dan gula icing sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
  4. 4
    Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda suka.
  5. 5
    Rehatkan doh di dalam peti ais selama 1/2 jam supaya doh senang dibentuk.
  6. 6
    Bentukkan doh menjadi bebola bulat kecil anggran sebesar biji guli dan susun di dalam dulang. Tekan dengan garfu yang direndam di dalam air panas supaya tidak melekat.
  7. 7
    Bakar selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Versi Air Fryer pautan

Air Fryer (Jenis Bakul) — Panduan Konservatif

  1. Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut di atas kertas baking/alas silikon dalam bakul.
    • Buat 1 lapisan sahaja.
    • Jarakkan ±2–3 cm antara biskut.
  3. Bakar pada 150–165°C selama 7–12 minit.
    • Semak awal pada minit ke-8 (setiap model berbeza).
  4. Bila cukup masak, biarkan 3–5 minit dalam bakul (untuk set), kemudian alih ke rak penyejuk.

Nota penting: Jika resepi asal oven 170°C, 15 minit, air fryer biasanya perlu masa lebih pendek. Mula dengan julat di atas dan laras ikut warna dan tekstur biskut.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
125g mentega bersamaan berapa cawan?
± ½ cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
125g tepung kentang bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Biskut tidak perlu dibakar sehingga bahagian bawahnya keperangan.
  • Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar sebelum dipindahkan ke rak penyejuk biskut untuk mengelakkan bahagian bawahnya pecah kerana biskut ini sangat lembut jika masih panas.
Pengenalan

German Cookies yang juga dipanggil biskut kentang kerana menggunakan tepung kentang sebagai bahan utama.

Biskut ini sangat disukai ramai kerana teksturnya yang gebu dan cair di mulut dan oleh kerana bahannya yang sedikit, rasa sedap biskut sangat dipengaruhi oleh jenis mentega yang anda gunakan.

Kalau boleh guna lah mentega yang berkualiti tinggi.Tepung kentang atau 'potato starch' boleh di dapati di kebanyakan kedai yang menjual barang dan perkakasan bakeri.

Diterbitkan pada 16 April 201821K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru