
Donut Gebu
Bagi penggemar donut, anda boleh mencuba resepi Donut Gebu ini. Teksturnya sangat lembut dan sedap dimakan jika dicelupkan di dalam coklat glaze. Boleh juga jika disalut dengan gula halus sahaja.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu teh yis segera
- 2 sudu besar air suam
- 3/4 cawan susu full cream
- 1/4 cawan gua kastor
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 biji telur
- 1/4 cawan mentega, suhu bilik
- 250g coklat bar, cincang kasar
- 1/2 cawan mentega
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan susu full cream
- 1Bancuh yis segera dengan 2 sudu air suam dan biarkan sehingga berbuih.
- 2Satukan tepung, gula, garam di dalam mangkuk. Kacau sedikit menggunakan whisk supaya bahan kering digaul sebati. Kemudian gaulkan adunan tadi bersama butter.
- 3Dalam mangkuk berasingan satukan susu, telur dan bancuhan yis. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kering dan kacau sehingga menjadi doh dan uli seketika. Taburkan dengan sedikit tepung jika doh melekat di tangan. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang sudah di gris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan doh naik menjadi dua kali ganda.
- 4Apabila doh sudah naik dua kali ganda, keluarkan dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Kembali menguli selama 3-5 minit. Canai doh setebal 1/2 inci dan terap menggunakan acuan donut. Susun di atas dulang dan tutup dengan kain yang bersih dan biarkan donut naik 2 kali ganda sebelum menggoreng.
- 5Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Sejukkan di atas tray dan salut dengan gula halus ataupun coklat glaze.
- 1Panaskan susu di dalam periuk diatas api yang kecil. Apabila susu sudah suam, masukkan ketulan kecil coklat, gula dan mentega. Kacau sebati sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Pau Gebu dan Lembut
Resepi Pau yang memang sangat gebu dan lembut. Resepi asal adalah dari myresipi.com. Kepada sesiapa yang teringin nak bu...

Resepi Sweet Bun
Resepi Sweet Bun dengan kismis, yang sangat lembut menggunakan water-roux paste. ...

Donut Gebu dan Lembut
Donut yang lembut dan gebu, menggunakan kentang sebagai bahan pelembut semulajadi. Che Nom suka nak kongsi cara-cara pen...

Apam Kukus Coklat
Resepi Apam Kukus Coklat yang lembap dan gebu, dan paling utama sekali kuih ini amat mudah disediakan. Anak-anak pun san...

Kuih ketayap
Jom tgk Che Nom sediakan antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, iaitu kuih ketayap. Dulu Che Nom dah pernah share, ta...

Apam Mekar Tepung Beras
Resepi Apam Mekar Tepung Beras yang gebu, lembut dan cantik sangat kejadiannya. Caranya cukup mudah dan cepat pula dised...