Resepi Daging Masak Merah Ala Thai
Daging Masak Merah ala Thai macam kedai tomyam, kuah merah pekat pedas memang padu. Daging rebus empuk, hiris nipis goreng garing, lepas tu gaul dengan kuah sampai sebati.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 7-8 biji cili padi, belah 2
- 1 biji tomato, belah 6
- 1/2 kilo daging lembu
- air secukupnya
- sedikit pewarna merah
- minyak secukupnya
- 1 mangkuk minyak
- 3 ulas bawang putih, cincang kasar
- 1 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/2 batang karot, hiris nipis
- 2 sudu besar sos ikan
- 1/2 mangkuk air rebusan daging
- 1/2 biji bawang holland, hiris membulat
- 3-4 helai daun limau purut
Cara Buat Daging Masak Merah
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong daging kepada 2 ketulan besar. Rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut. Setelah lembut, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat.
- 2Panaskan minyak. Goreng hirisan daging sehingga garing sedikit, angkat dan ketepikan.
- 3Keluarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
- 4Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.
- 5Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- 6Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.
- 7Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 390 kcal
- Protein
- 20.5 g
- Karbohidrat
- 10 g
- Lemak
- 29 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 740 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Daging lembu 500 g dikira sederhana berlemak (~220 kcal/100 g).
- 1 mangkuk minyak adalah untuk menggoreng daging; hanya ~70 g dikira diserap dan kekal dalam masakan.
- Sos cili, sos tomato, sos tiram dan 2 sudu besar sos ikan menyumbang hampir semua natrium.
- Tiada garam disenaraikan; hanya natrium daripada sos dikira.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Berapa lama daging lembut bergantung kepada jenis daging yang digunakan. Kalau daging batang pinang lebih cepat lembut bila direbus.
- Daun limau purut harus dibuang tulang tengahnya untuk elakkan pahit. Carik-carikkan supaya lebih beraroma bila dimasak bersama daging.
Video
Pengenalan
Che Nom nak kongsi satu lagi resepi yg mendapat permintaanramai iaitu resepi Daging Masak Merah AlaThai yang lebih kurang macam kat kedai tomyam tu. Caranya mudah dan ringkas.
Dagingnya direbus hingga masak empuk dan lembut, dihiris nipis dan kemudian digoreng garing. Letak sedikit pewarna merah supaya rupanya sama seperti yang dihidangkan di restoran Thai.
Kemudian kita masakbersama bahan-bahan lain supaya menghasilkan kuah merah yang pekat, pedas dansangat sedap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









